1) Hari ini (Jumaat, 15 Julai 2016) Encik (ayah) saya usianya tepat 67 tahun. Syukur pada Tuhan, Encik saya sehat sejahtera dan hidupnya tenang selalu.
2) Jam 6.30 petang saya sampai di Segamat. Encik Ahmad bin Md. Yusoff bin Batau bin Habib baru selesai mandi. Tersenyum puas dia lihat anak bongsunya selamat sampai dari MMU, Melaka.
3) Tajuk utama "borak-borak" kami ialah tentang parti baru yang akan wujud bagi menentang UMNO - Barisan Nasional (BN) yang telah jadi "parti Najib." Emak saya sudah rasmi tidak akan pangkah BN, malah rela undi parti apa saja asalkan bukan "parti Najib." Undi rosak hanya akan untungkan BN.
4) Sebelum ini Encik telah isytihar mahu buat undi rosak pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 yang dijangka berlangsung selewatnya pada pertengahan tahun 2018. Dia adalah pengundi setia BN sejak kenal erti mengundi. Tapi tindak-tanduk "pelik" Perdana Menteri telah buat dia rasa meluat dan geram.
5) Dengan adanya parti baru ini maka ianya jadi mudah bagi Encik. Dia pasti akan undi parti itu ataupun mana-mana parti kawan yang bersatu dengannya. Contohnya, selama
ini Encik adalah penyokong setia UMNO dan BN letakkan calon MIC di Parlimen Segamat, maka Encik (kami sekeluarga juga !) pangkah BN kerana MIC adalah kawan UMNO. Selepas ini, minta maaf.
No comments:
Post a Comment