22/07/2016

KENAPA NAJIB WAJIB DISALAHKAN ?

1) Merujuk kepada "posting" saya sebelum ini dengan tajuk 'NAJIB WAJIB DISALAHKAN,' pasti ada yang bertanya 'KENAPA NAJIB WAJIB DISALAHKAN?'

2) Laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Negara) yang telah dibentangkan di Parlimen jelas mengatakan bahawa ada kesalahan urus tadbir yang jelas dalam 1MDB. 

3) PAC adalah jawatankuasa khas Parlimen yang ahlinya terdiri daripada wakil Barisan Nasional dan pembangkang. 

4) Pengerusi PAC adalah Datuk Hassan Ariffin, Ahli Parlimen Rompin yang dipilih Perdana Menteri Mohd. Najib sendiri walhal baru saja menang Pilihan Raya Kecil. Dia pernah tercakap "saya cari makan" bila diasak wartawan tentang isu siasatan 1MDB yang lambat. 

5) Anggota PAC daripada DAP iaitu Tony Pua ada kata Hassan tidak menghantar laporan yang 100% ditandatangani secara sepakat oleh semua ahli PAC. Ada sesetengah "bahagian perkataan" telah dipadamkan tanpa persetujuan semua ahli.

6) Walaupun ada yang tidak dilaporkan ke Parlimen, laporan itu tetap menunjukkan ada salah urus kewangan yang amat serius di dalam 1MDB. 

7) Contohnya, ada berbilion Ringgit Malaysia yang telah disalurkan ke sebuah syarikat PALSU yang diwujudkan di sebuah pusat kewangan pesisir pantai (offshore finanicial centre) jauh dari Malaysia. Duit berbilion Ringgit Malaysia ini LESAP tanpa berita. 

8) Dengan bukti baru oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat seperti diumumkan Peguam Negaranya di mana Berbilion Ringgit Malaysia dipercayai duit DISEDUT secara haram daripada 1MDB telah DIGUBAH / DIUBAH secara haram (money laundering) dalam bentuk pembelian aset mewah, jet, lukisan mewah, pembayaran hutang judi dan penerbitan filem berunsur lucah oleh anak Rosmah Mansor DITAMBAH dengan bukti rasmi PAC itu maka jelas isu skandal 1MDB bukanlah satu FITNAH semata untuk jatuhkan Mohd. Najib Abdul Razak.

9) Dengan dua bukti ini sahaja (tolak tepi dahulu isu derma 2.6 Bilion, bayaran kad kredit Mohd. Najib berjuta Ringgit ditolak daripada duit SRC International, bekas anak syarikat 1MDB dan segala pemecatan sepanjang tahun 2015 untuk menutup kes) maka cukup dan jelas untuk mengatakan bahawa MOHD. NAJIB ABDUL RAZAK adalah perlu mengambil tanggungjawab di atas tindakan beliau yang berjaya "MEMBURUK DAN MENJAHANAMKAN" nama baik Malaysia di mata dunia. Kita mendapat publisiti besar-besaran satu dunia, satu publisiti buruk yang tidak diperlukan !

10) Kenapa Najib Wajib Disalahkan ? Jawapannya mudah: Mengikut akta 1MDB (2009-awal 2016), semua urusan / transaksi kewangan dan pelaburan 1MDB perlu (wajib) mendapat kelulusan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. Kuasa Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB adalah di atas CEO dan Lembaga Pengarahnya. Siapakah manusia yang pegang jawatan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang jika tiada tandatangannya maka segala urusan / transaksi "haram" Bilion-Bilion itu tidak boleh berlaku ? Jawapannya: Mohd. Najib Abdul Razak.

No comments:

Post a Comment