23/07/2016

Shahrizat Jalil dan Idris Haron: Jangan Campur Tangan Urusan Orang Dalam Isu 1MDB !

1) Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil dan Ketua Menteri Melaka Idris Haron nampaknya sepakat dalam mempertahankan Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak. 

2) Kedua-duanya buat kenyataan bahawa saman sivil dikemuka Peguam Negara Amerika Syarikat berkaitan penyalahgunaan duit 1MDB kira-kira RM14 Bilion itu sebagai usaha Amerika untuk campur tangan urusan Malaysia. 

3) Shahrizat sampai kata Malaysia akan jadi huru-hara ke tahap perang saudara seperti di Syiria dan Iraq jika kita benarkan Amerika campur tangan.

4) Idris Haron yang sebelum jadi Ketua Menteri pernah dilantik Perdana Menteri Pak Lah sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi selepas Pilihan Raya Umum 2008 tetapi tidak dipilih semula sewaktu Najib ambil alih jawatan pada 2009 pula kata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat tidak perlulah jadi "Abang Long." Dia kata Amerika cuba mengalih perhatian dunia daripada masalah di negara mereka sendiri.

5) Shahrizat dan Idris perlu dimaklumkan bahawa apa yang berlaku bukanlah satu campur tangan. Isunya ialah terdapat rekod dan bukti menunjuk berbelas bilion Ringgit duit 1MDB telah digubah / ditukar secara haram melalui pelbagai transaksi serta dokumen palsu dengan tujuan untuk:

- menyembunyikan asal duit itu
- menyembunyikan sumbernya
- menyembunyikan pemiliknya

MELALUI PELBAGAI INSTITUSI KEWANGAN DI AMERIKA SYARIKAT ...

LALU DUIT BERBILION ITU DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN "pemilikan dan pelaburan / pembelian" pelbagai aset di dalam negara Amerika Syarikat.

Kesalahan berlaku di Amerika Syarikat kerana duit secara haram telah digunakan secara salah di Amerika Syarikat dengan cuba memanipulasi siatem kewangannya untuk tujuan salah.

Sebenarnya, Shahrizat dan Idrislah yang cuba campur tangan urusan undang-undang negara orang !

No comments:

Post a Comment