1) Minggu ini isteri Perdana Menteri ke 4 dan isteri Perdana Menteri ke 6 Malaysia yang Merdeka mendapat liputan besar-besaran.
2) 13 tahun selepas suaminya meletakkan jawatan secara sukarela dengan disertai sorakan bangga dan juga air mata sedih ramai orang di akhir Oktober 2003, Dr. Siti Hasmah masih ada nama dan diingati ramai.
3) Sempena menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 90, Dr. Siti Hasmah lancarkan autobiografi beliau yang ditulisnya tanpa henti selama enam bulan sekitar tahun 2015 sebelum melalui proses editan dan cetakan lalu menunggu bulan Julai 2016 sempena bulan kelahirannya. Buku berjudul 'I AM HASMAH' itu kini mula menjadi sebutan ramai dan dijangka akan menjadi antara judul 'bestseller' tahun 2016.
4) Rosmah Mansor yang bakal berusia 65 tahun pada Disember ini juga mendapat liputan hebat satu dunia kerana anak lelaki sulongnya melalui perkahwinan pertama iaitu Riza Aziz dikaitkan dengan kes penggunaan secara haram wang 1MDB bersama-sama dengan jutawan muda yang rapat dengan Rosmah dan Perdana Menteri iaitu Jho Low serta seorang Pak Arab, ahli korperat (KEPARAT ?) kepercayaan 1MDB.
5) Riza dan dua individu terbabit dipercayai telah secara aktif melakukan penyalahgunaan dana 1MDB bernilai US3.5 Billion (sekitar RM14 Bilion) yang telah 'DIJOLIKAN' / 'dibelanjakan' secara salah bagi tujuan pembelian hartanah mewah, jet, karya-karya seni, bayaran hutang judi di kasino dan lain-lain dengan tujuan 'pembersihan' secara penggubahan / penukaran wang haram (money laundering).
No comments:
Post a Comment