30/03/2018
Kerajaan Malaysia Terlalu Menguasai Badan-Badan Pelaburan (Pusing pakat-pakat, duit rakyat terpalit)
Masihkah Kau Ingat: 1MDB Kumpul Hutang Berbilion Sebelum Parlimen Terbubar Pada Tahun 2013 ...
26/03/2018
Kerajaan Tambah Hutang, Bajet 2017 "Ke Laut"
1) Persidangan Parlimen terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 turut digunakan Kerajaan untuk meluluskan Bajet Tambahan sebanyak RM8 830 000 000 (8.83 Bilion) bagi tahun 2017.
2) Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Mohd. Najib Abdul Razak adalah bernilai RM260 000 000 000 (260 Bilion). Itulah nilai yang diluluskan Parlimen di akhir tahun 2016 bagi kegunaan tahun 2017.
3) Bajet 2017 itu juga adalah bajet defisit (belanja lebih dari pendapatan). Kerajaan "janji" untuk belanja RM260 Bilion dengan anggaran pendapatan sekitar RM220 Bilion. DEFISIT (kekurangan) RM40 Bilion itu pastilah ditampung dengan HUTANG baru oleh Kerajaan Malaysia.
4) Sudahlah defisit, rupa-rupanya Kerajaan di sepanjang tahun 2017 telah BERBELANJA melebihi daripada peruntukan yang telah disahkan / dibenarkan Parlimen.
5) Nampaknya ahli Parlimen Barisan Nasional telah mengundi secara pelik. Mereka undi untuk sahkan peruntukan tambahan belanja terlebih Kerajaan sebanyak RM8.83 Bilion bermakna mereka sendiri mengingkari belanja yang mereka sendiri "izinkan" sewaktu Bajet 2017 dibentangkan di Parlimen dahulu. Hutang baru Kerajaan untuk Bajet 2017 sahaja telah menghampiri RM50 Bilion dengan tambahan belanja terlebih itu.
Orang Temerloh "BERUBAH" Pada Tahun 2013
1) Parlimen Temerloh, Pahang lama dikuasai UMNO - Barisan Nasional (BN). Tahun 2008, BN menang tewaskan calon daripada PKR dengan majoriti 2441 undi.
2) Tahun 2013, calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat (PKR, DAP, PAS) tewaskan BN dengan majoriti 1070 undi. Maknanya, ada peralihan undi sekitar 3500 (2441 + 1070) undi daripada BN kepada lawannya.
3) DUN Mentakab dirampas DAP daripada MCA - BN melalui calon berbangsa Melayu dengan majoriti sekitar 1500 undi.
4) DUN Lanchang kekal di bawah UMNO - BN dengan majoriti sekitar 1100 undi, menurun daripada lingkungan 2100 undi pada Pilihan Raya Umum 2008. DUN ke tiga di bawah Parlimen Temerloh iaitu DUN Kuala Semantan kekal di bawah PAS dengan majoriti kemenangan sebanyak 2685 undi, meningkat daripada sekitar majoriti 900 undi pada tahun 2008.
5) Kesimpulannya, majoriti warga Temerloh sudah "BERUBAH" pada tahun 2013. Temerloh bukanlah sebuah bandar besar, majoriti penduduknya adalah warga kampung, nelayan sungai (IKAN PATIN Temerloh !) dan peneroka FELDA. Jika orang Temerloh sudah "beralih" meninggalkan UMNO - BN lima tahun lepas, pastinya orang-orang pekan kecil dan daerah-daerah pinggir bandar yang lain juga tidak sabar untuk buat perubahan di tahun 2018 ini.
#harapanuntukMalaysia
#bersatuuntukMalaysia
#amanahuntukTemerloh
#bersatuuntukTelokMas
21/03/2018
" Inilah manfaatnya jika rakyat hadir ke program kerajaan mereka balik bawa pulang beras, ayam dan macam-macam lagi "
20/03/2018
MCA Bukan Wakili Cina Malaysia
19/03/2018
Rafidah Aziz Ingatkan Rakyat Jangan Undi Pemimpin Rasuah
18/03/2018
Dulu Merompak Sekarang Berlagak Suci
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
11/03/2018
4 Putera Arab Dalam Senarai Orang Kaya Dunia: Mana Satu Derma RM2.6 Bilion Pada PM Najib ?
1) Peguam Negara Apandi Ali pada awal 2016 "membebaskan" Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak daripada sebarang salah laku jenayah kerana menerima US$681 000 000 (RM2 600 000 000 / 2.6 Bilion) ke dalam akaun peribadinya di Ambank sebelum Pilihan Raya Umum 2013.
2) Apandi kata duit itu adalah derma daripada Putera Raja Arab Saudi kepada Najib.
3) Mengikut rekod orang kaya dunia tahun 2013 oleh FORBES, ada 4 Putera kerabat Arab Saudi tersenarai:
- Putera Alwaleed Talal (US$20 Bilion)
- Putera Sultan Mohammed (US$2.6 Bilion)
- Putera Abdullah Musaad (US$144.50 Juta)
- Putera Mutaib Abdulaziz (US$110.10 Juta)
4) Daripada empat Putera itu, HANYA Putera Mutaib Abdulaziz merupakan Putera kepada Raja. Bagaimana mungkin dengan kekayaan bernilai US$110.10 Juta dia mampu DERMA US$681 Juta kepada Najib ?
5) Informasi ini perlu digabungkan dengan TUDUHAN Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) bahawa ada bukti jelas menunjukkan sebanyak US$681 Juta duit berasal daripada 1MDB telah disalurkan ke akaun peribadi Ambank M01 di antara tempoh 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 melalui Tanore Bank di Singapura yang asalnya daripada Amerika Syarikat.
" Ayam Seekor RM5, 5 Tahun Sekali "
" Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi kata Jualan Sentuhan Kasih akan dibuat di seluruh Parlimen. Hari ini (Ahad, 11 Mac) ianya dibuat di Parlimen Zahid, Bagan Datuk. AYAM SEEKOR dijual RM5, DAGING LEMBU RM10 sekilogram dan RM5 untuk 30 biji TELOR AYAM. Sampai bila agaknya pemimpin - pemimpin Kerajaan UMNO - Barisan Nasional merasakan LAKONAN gimik jualan murah SEKALI dalam masa 5 tahun mampu mengaburi mata hati rakyat yang telah TERTEKAN dengan kegagalan mereka mengatasi kenaikan kos sara hidup seluruh negara yang sudah di luar kawalan terutamanya dengan kehadiran GST yang didakwa Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak sebagai 'PENYELAMAT' ekonomi negara ? "
Fendi Ahmad
11 Mac 2018
"GST ITU BAGUS " - PM Kata Tanpa GST Malaysia Akan Defisit & Hutang Negara Bertambah
1) Hari ini (Ahad, 11 Mac) PM Mohd. Najib Abdul Razak kata: “ Kalau pembangkang hendak menghapuskan GST untuk digantikan dengan SST, itu tipu. Kalau tidak dapat hasil RM45 bilion, negara akan menjadi negara defisit. "
2) Dengan nada suara penuh semangat, Najib juga menyebut: “ Kita tahu hutang negara kian menguncup, tetapi kalau hasil itu tiada, hutang negara akan meningkat dan menjadi seperti Greece. "
3) Laporan media juga menyatakan di hadapan sekitar 400 pelajar institusi awam dan swasta itu, PM berharap sebagai warga berpendidikan tinggi, mahasiswa perlu memainkan peranan memberitahu rakyat yang GST adalah sistem percukaian terbaik untuk negara. MAMPUKAH pelajar IPT 'membantu' PM Najib sedangkan mereka sendiri merasai kesan kesusahan kenaikan berganda barangan dan perkhidmatan sejak adanya GST ?
4) Penasihat Perdana Menteri WAJIB menasihatkannya supaya tidak membodohkan rakyat dan lebih berhati-hati dalam berbicara. SEBELUM GST dikenakan kepada rakyat bermula 1 April 2015, NEGARA MEMANG SUDAH DALAM DEFISIT. Selepas GST dilaksanakan juga, BAJET NEGARA ADALAH DEFISIT seperti yang dibentangkan Najib sendiri untuk tahun 2016, 2017 dan 2018.
5) Defisit bermakna PENDAPATAN Kerajaan adalah lebih kecil daripada PERBELANJAAN. Bajet 2017 dan Bajet 2018 masing-masing melihatkan DEFISIT sekitar RM40 000 000 000 (40 bilion) berlaku dan mengakibatkan Kerajaan terpaksa MENAMBAH HUTANG NEGARA.
Persoalannya: Bagaimana PM yang juga Menteri Kewangan boleh kata HUTANG MENGUNCUP walhal dia sendiri yang membentangkan bajet defisit walaupun ada BANTUAN daripada rakyat melalui GST ?
#satuUCAPANduaPEMBOHONGAN ?
#harapanuntukMalaysia
#Malaysiabersatu
10/03/2018
Adakah Shahrol Azral Halmi Anak Emas M01 ?
1) CEO pertama 1MDB namanya Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
2) Ketika disoal oleh Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) Negara, dia kata Good Star Limited adalah anak syarikat kepada Kumpulan PetroSaudi.
3) 1MDB dibawah kendalian Shahrol pernah menyalurkan duit berjumlah USD1 Bilion (sekitar RM4 000 000 000 000) untuk tujuan usahasama perniagaan dengan PetroSaudi International Limited (PSI). Walaubagaimanapun, duit 1MDB itu 'menyimpang lari masuk' ke akaun Good Star Limited yang dikawal oleh Jho Low, 'budak kepercayaan' Perdana Menteri Mohd. Najib Razak yang awalnya berkawan baik dengan anak tirinya - Reza Aziz.
4) Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Nor Shamsiah Yunos pada 6 April 2016 menulis kepada Pengerusi PAC, Hasan Arifin bahawa Good Star tidak mempunyai kaitan dengan syarikat PSI berdasarkan bantuan laporan daripada dua pihak berkuasa luar negara.
5) PAC seperti dilaporkan media pada 7 April 2016 telah mencadangkan supaya Shahrol Azral Halmi DISIASAT di atas segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku ke atas 1MDB.
Persoalannya: Selepas hampir 2 tahun, kenapa tiada sebarang usaha untuk menyiasat Shahrol di atas segala JENAYAH yang melibatkan 1MDB ? Adakah Shahrol dilindungi dan kebal kerana beliau sendiri sedang melindungi seseorang ?
GST Membantu Rakyat ?
" Lebih 40 tahun menjadi Ahli Parlimen dan pernah memegang jawatan Menteri Kewangan nampaknya tidak cukup lagi untuk seorang kerabat Kesultanan Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah untuk secara ikhlas dan mendalam memahami denyut nadi rakyat kebanyakan. Ku Li dengan penuh yakin mengatakan janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan cukai GST adalah sesuatu yang tidak wajar kerana pungutan GST telah banyak MEMBANTU RAKYAT. Mungkin Ahli Parlimen Gua Musang ini terlebih percaya kepada Ahli Parlimen Pontian, Timbalan Menteri Ahmad Maslan yang pernah berkata GST mampu menyebabkan barangan menjadi LEBIH MURAH. "
#mentalitiAhliParlimenUMNO
#harapanuntukMalaysia
Fendi Ahmad
10 Mac 2018