1) Bagi seorang budak sekolah menengah era akhir 1990an yang memang suka dengan cerita dan drama berkaitan politik, pastinya nama Ummi Hafilda Ali menjadi perhatian diri ini.
2) Saya pernah berasa kagum dengan seorang wanita muda ketika itu yang mengambil jalan berani. Terdetik dalam hati saya ketika itu, "berani dia ni."
3) Warna - warni pakaian moden beliau "turun naik" mahkamah ketika itupun saya masih ingat. Dia kelihatan cukup yakin dan elegan.
4) Pernah juga saya seakan "meragui" kewibawaan" beliau apabila disebarkan yang moralnya diragui dengan kenyataan di dalam mahkamah menuduh beliau seperti seorang wanita "murahan" yang gilakan duit. Tapi beliau tetap kelihatan yakin dan tidak pernah berganjak dengan pendirian dan kepercayaannya.
5) Kak Ummi Hafilda Ali, selepas 20 tahun mengenali anda, saya ingin nyatakan bahawa semangat, kekuatan dan keyakinan yang anda miliki amatlah saya kagum. Moga Malaysia kita kembali gemilang dan bebas daripada rejim #perompakpenyangakpenyamun
#BersatuBermaruahBeramanah
#HarapanUntukMalaysia
No comments:
Post a Comment