1) Parlimen Pasir Gudang, Johor dimenangi Barisan Nasional (BN) melalui calon UMNO di Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dengan MAJORITI sekitar 31000 undi menewaskan PKR. Ketua Umno dan Pengerusi BN Pasir Gudang ialah Dato' Seri Mohd. Khaled Nordin yang kini adalah Menteri Besar.
2) PRU 2008 pula BN kekal di Pasir Gudang menewaskan calon PKR dengan MAJORITI MENURUN kepada kira-kira 17200 undi. MAJORITI turun sekitar 14000 undi dalam masa 4 tahun !
3) BN menang lagi di PRU 2013 menewaskan PKR dengan MAJORITI KECIL sebanyak 935 undi sahaja. MAJORITI BN MENURUN sekitar 13000 undi lagi dalam masa 5 tahun.
4) Mudah kata dalam tempoh kurang 10 tahun di antara tahun 2004 dan 2013, undi BN di Pasir Gudang merosot 27000 undi dan pastilah beralih ke PKR !
5) PRU 2018 kelihatannya seperti Pakatan Harapan (PKR, DAP, PPBM, AMANAH) tidak memerlukan kemerosotan undi kepada BN sebanyak 14000 ataupun 13000 undi lagi tetapi cukuplah undi BN jatuh 500 sahaja serta beralih ke Harapan maka Pasir Gudang bakal menyumbang kepada satu kerusi Parlimen baru untuk membentuk Kerajaan baru.
No comments:
Post a Comment