03/01/2018

2018 Satu Detik Pembaharuan KEMERDEKAAN Jiwa Rakyat

1) Aku menamatkan 2017 dengan berada di kampung bersama Encik (ayah) dan Emak, aku mulakan 2018 juga dengan berada bersama mereka, insan yang paling setia tanpa jemu menyanyangi dan pastinya memberikan restu terbaik buat si bongsu mereka ini.
2) 2018 muncul dengan satu semangat kuat dan keyakinan bahawa inilah tahun di mana Malaysia akan BERUBAH, Malaysia akan dikeluarkan daripada satu rejim yang penuh penyelewengan, penipuan dan lakonan swasta tanpa henti membodoh dan memperkecilkan pemikiran rakyat.
3) 2018 menuntut aku menjadi lebih kuat, lebih bersemangat, lebih bijaksana dan lebih mengingati TUHAN Yang Maha Kuasa lagi Maha Penyanyang.
4) TUHAN telah menyediakan 2017 sebagai satu tahun yang cukup teratur, kemas dan penuh rahmat. Apa jua halangan, rintangan, cabaran dan kebodohan yang cuba ditimpakan kepada diri ini, semuanya berjaya diatasi dengan baik. ALLAH sentiasa ada dalam apa jua cabaran yang dihadapi insan kerdil ini.
5) 2017 menjadi memori abadi, 2018 dengan keyakinan yang padu pasti akan membawa satu detik perubahan besar di dalam sejarah negara bangsa bernama MALAYSIA ini. Menjelang detik 12 malam 31 Ogos 2018, ianya akan disambut dengan penuh meriah dan kesyukuran, satu detik pembaharuan KEMERDEKAAN jiwa rakyat selepas 61 tahun Merdeka daripada penjajah.

No comments:

Post a Comment