11/07/2017

Wawasan 2020



1) Malam tadi (10 Julai 2017) sewaktu memandu entah macam mana saya 'terbuka' radio Klasik FM. Ia adalah satu stesen radio di bawah RTM.

2) Airmata tanpa dipaksa mengalir apabila terdengar lagu yang amat keramat di jiwa saya seorang budak kampung kelahiran 1980an ini.

3) Lagu inilah yang saya dan rakan-rakan di Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat, Johor selalu nyanyikan beramai-ramai dahulu di era 1990an.

4) Wawasan 2020 adalah idea terhebat Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad yang diilhamkan pada awal 1990an. Semangat Wawasan 2020 cukup pantas meresapi dan menguasai jiwa anak-anak Malaysia, terutamanya yang lahir pada dekad 1970an sehinggalah 1990an. Istilah Wawasan 2020 dikuatkan lagi dengan kata-kata Malaysia Boleh !

5) Kerana semangat Wawasan 2020 inilah saya bangkit daripada seorang budak Darjah Satu yang pernah terkencing di dalam kelas kerana KETAKUTAN yang amat tatkala menunggu giliran ujian lisan Bahasa Inggeris dan sentiasa dipanggil budak pemalu dan penakut oleh saudara mara kepada saya hari ini yang tidak gentar menyatakan kebenaran betapa Malaysia WAJIB kita bebaskan daripada rejim KLEPTOKRAT: pemerintah yang mencuri, merompak dan menyamun harta rakyat dan negara.MALAYSIA INI KITA PUNYA !

No comments:

Post a Comment