1) Ketua Menteri Melaka Idris Haron kata kalau Tun Dr. Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri semula maka Malaysia akan mengalami REVOLUSI. Huru-hara besar macam yang berlaku di banyak negara Arab pada tahun 2011 dahulu.
2) Menteri Ismail Sabri Yaakob kata Pakatan Harapan hanya memperalatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyerang UMNO dan tidak akan dibenarkan menjadi Perdana Menteri.
3) Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (KJ) kata Pakatan Harapan tidak boleh beritahu rakyat siapa yang akan mereka lantik jadi perdana menteri jika mereka menang pilihan raya. KJ juga kata Tun Dr. Mahathir Mohamad patut bersara daripada politik. Itu respon mudah KJ apabila Dr. Mahathir dipilih sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.
4) Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Timbalan Menteri Dr. Asyraf Wajdi kata ahli Umno tidak perlu bernostalgia dan taksub terhadap pemimpin tertentu yang meninggalkan parti. Pastinya dia merujuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.
5) Nampaknya para pembesar UMNO cukup 'sayang' kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Setahun lepas tatkala tersebar kata-kata bahawa Bapa Pemodenan Malaysia itu akan menubuhkan sebuah parti baru untuk menentang UMNO, SEMUA kata mereka tidak berasa takut kerana apalah ada pada seorang tua yang telah melebihi 90 tahun. Tidak sampai setahun nampaknya pembesar - pembesar UMNO ini seperti CUKUP TAKUT dengan TSUNAMI yang mampu di bawa 'orang tua' itu !
No comments:
Post a Comment