1) Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kata sebabnya dia MENOLAK untuk dibentangkan semua soalan berkaitan 1MDB di Parlimen ialah kerana subjudis dengan adanya tuntutan saman oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) untuk menyita aset berkaitan 1MDB.
2) Pandikar fikir ianya akan menyebabkan perbicaraan saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) terganggu.
3) Pandikar turut menegaskan bahawa perbincangan tentang 1MDB di Parlimen berakhir dengan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang membentangkan laporannya mengenai 1MDB pada April 2016.
4) Peliknya, kita semua masih ingat bahawa laporan PAC itu sendiri tidak berjaya dibahaskan di Parlimen. Para pembesar dan Menteri-Menteri Kerajaan juga bermati-matian MENOLAK dan MENGHINA siasatan DoJ sebagai sesuatu yang berniat jahat, campur tangan asing dan tiada bukti.
5) Hari ini (27 Julai 2017), Speaker Dewan Rakyat yang 'dipilih' oleh ahli-ahli Parlimen Kerajaan Barisan Nasional boleh pula MENGIKTIRAF laporan DoJ sebagai sebab untuk menghalang semua soalan berkaitan penyelewengan 1MDB dibentangkan di Parlimen ?
No comments:
Post a Comment