28/07/2017

2 Tahun Selepas Tan Sri Muhyiddin Dipecat

1) Petang 28 Julai 2015, Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak merombak Kabinetnya.


2) Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidilan Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar & Wilayah Mohd. Shafei Apdal "ditiadakan" dalam senarai Kabinet Najib. Mudah kata, Najib dengan perkenan Yang di Pertuan Agong telah MEMECAT mereka berdua.


3) "Kesalahan" Muhyiddin di mata Najib adalah jelas kerana persoalan-persoalan ditimbulkannya berkaitan dengan skandal salah guna dana 1MDB dan "derma" RM2.6 Bilion yang mengalir masuk ke akaun peribadi Najib selain sekitar RM42 Juta duit berasal daripada SRC International yang juga berada di dalam akaun beliau dan dengan bebas telah digunakan untuk tujuan perbelanjaan peribadi.


4) Hari ini dua tahun telah berlalu. Muhyiddin telah dipecat daripada UMNO dan kini Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). PPBM telah bersatu bersama-sama dengan PKR, DAP dan Amanah di dalam Pakatan Harapan. Shafei pula mengetuai Parti Warisan Sabah (Warisan). Warisan kelihatan mesra Harapan.


5) Dua tahun berlalu. Pemecatan Muhyiddin nampaknya bukan mengurangkan pening Najib selaku Presiden UMNO tetapi telah membawa pula satu kerisauan yang  cukup tinggi kepada seluruh pemegang kuasa di dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN). Penerimaan baik Melayu kepada Pribumi Bersatu dan keupayaan Negarawan Dr. Mahathir Mohamad bersepakat dengan Anwar Ibrahim juga Lim Kit Siang sememangnya satu MIMPI ngeri buat para pembesar UMNO dan BN.

No comments:

Post a Comment