1) Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil nampaknya sudah boleh masuk kategori NENEK yang "mungkin" sudah dihantui sindrom pasca-menopos tahap kronik. Maafkan saya kerana terpaksa guna istilah itu.
2) 15 Ogos akan datang, usia Shahrizat akan mencecah 64 tahun. Tidaklah terlalu veteran tetapi jauhlah daripada dikatakan muda. Kita mesti ingat Shahrizat mula diberi laluan oleh Dr. Mahathir bertanding di Pilihan Raya Umum (PRU) ke 9 pada tahun 1995 di Parlimen Lembah Pantai. Dia ketika itu berusia 42 tahun dan kelihatan sebagai seorang peguam yang ada kaliber dan bakal menjadi pemimpin wanita masa hadapan. 13 tahun dia kekal menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai dan beberapa tahun juga sebagai Menteri.
3) Hari ini (29 Julai 2017) di Langkawi, Shahrizat beritahu wanita UMNO bahawa era Dr. Mahathir sudah berakhir. Katanya, ini adalah zaman Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak. Najib sahaja yang mampu untuk meneruskan pembangunan di Langkawi.
4) Bekas Menteri yang suaminya pernah terpalit dengan isu penyalahgunaan dana Kerajaan kerana duit untuk projek ternakan lembu dibeli kondominium mewah pula itu turut BERKHAYAL sendirian dengan mengatakan DAP tidak akan membenarkan Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri apabila Pakatan Harapan menang PRU. Shahrizat cuba MENAKUTKAN Melayu bahawa DAP yang akan menguasai Kerajaan baru jika Barisan Nasional tewas. Inilah sentimen pemimpin UMNO yang cukup jahat untuk menerbitkan rasa benci di antara Melayu dan Cina !
5) Shahrizat sebenarnya lupa diri sendiri. Dia tewas kepada Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai pada PRU 2008. Kerana "sayangnya" Najib kepadanya, Shahrizat dipilih sebagai Senator dan dikekal menjadi Menteri selepas itu. Bagaimanapun, skandal "LEMBU" yang memalit suaminya memaksa beliau meletak jawatan Menteri. Seterusnya, di PRU 2013 dia tidak dipilih bertanding mewakili UMNO. Kerana ketandusan pemimpin wanita dan rasa mahu kekal kuasa, Shahrizat tetap mahu menjadi Ketua Wanita UMNO sewaktu Pemilihan UMNO 2013. Kita patut JERITKAN pada Kak Ijat: Era Shahrizat Jalil sudah lama tamat dan malulah kerana perlu bergantung kepada ihsan Najib Razak untuk terus pegang jawatan sedangkan rakyat sudah lama menolak kamu.
No comments:
Post a Comment