1) Melancong bajet rendah juga boleh melihat keindahan ciptaan Tuhan.
2) Selepas Medan, Bali, Jakarta dan Yogyakarta, Bandung menjadi destinasi ke lima di Indonesia dapat saya lawati dalam tempoh tiga tahun ini.
3) Tiga lagi tempat di negara Pancasila ini yang saya "teragak" mahu jejak ialah Lombok, Surabaya dan Padang.
4) Tiket saya ke Bandung ini pergi dan balik tidak sampai RM200. Hotel penginapan pula bertaraf tiga bintang untuk empat malam tidak cecah RM400, kongsi berdua maka lebih murah jadinya. Usaha sedikit dan buat kajian untuk dapat yang terbaik.
5) Kawah Putih yang jaraknya sekitar 39 kilometer dari Bandar Bandung ini wajib kita lawati jika ke sana. Kepuasan terjamin. Tiket masuk cuma 50000 Rupiah (sekitar RM17). Tuhan ciptakan Kawah Putih supaya kita bisa tersenyum dan mensyukuri momen-momen kehidupan. Indahnya Kawah Putih terhasil hanya selepas gunung berapi memuntahkan laharnya beratus tahun. Sesuatu yang indah dan hebat hanya hadir selepas susah dan senang dilalui.
No comments:
Post a Comment