11/10/2016

RM15.2 Billion Duit 1MDB "Berpusing-Pusing" Secara Haram

1) Hari ini Singapura menutup cawangan Falcon Bank yang berasal dari Switzerland kerana terlibat dengan penggubahan wang haram berkaitan 1MDB di antara 2012-2015.

2) Hari ini juga pihak berkuasa kewangan Switzerland mengeluarkan kenyataan bahawa duit 1MDB berjumlah USD3.8 billion (RM15.2 Billion) telah disalur melalui Falcon Bank.

3) Jumlah itu termasuk   duit USD681 juta yang mengalir masuk ke akaun AMBANK Najib Razak dan kemudiannya USD 620 juta disalur semula ke Falcon Bank Singapura. Inilah duit yang terkenal dengan sebutan RM2.6 billion yang didakwa rejim Najib sebagai "derma Arab."

4) Pihak berkuasa kewangan Switzerland turut mengatakan Falcon Bank ada hubungan dengan ahli perniagaan muda Malaysia yang ada kaitan dengan seorang yang berkuasa. Budak muda ini telah menerima ke akauannya melalui Falcon Bank duit sebanyak USD1.2 billion !

5) Pihak berkuasa Switzerland turut mengarahkan Falcon Private Bank Limited (Switzerland) menyerahkan RM10.55 juta keuntungan yang didapatinya daripada menjalankan transaksi haram berkaitan 1MDB.

No comments:

Post a Comment