24/09/2016

Fendi Ahmad Sah Ahli BERSATU: "Selamat Tinggal UMNO"

1) Terima kasih kepada BERSATU kerana sudi menerima saya sebagai ahli rasminya dengan nombor keahlian 10974.

2) Saya ucapkan "selamat tinggal UMNO dan Barisan Nasional (BN)" kerana sejak "kenal dan suka politik" di usia sekolah rendah, parti yang mendapat CINTA dan KASIH diri ini hanyalah UMNO dan gabungan BN. 


3) Mula kenal erti mengundi di usia 21 tahun, hanya lambang dacing BN yang akan jadi sokongan !

4) Masuknya saya ke dalam BERSATU bukan bermakna saya keluar mana-mana parti. BERSATU "mendapat" Fendi Ahmad sebagai ahlinya bererti berjaya memikat seorang jejaka yang masih bersih daripada rekod menjadi ahli mana-mana parti secara rasmi.

5) Saya pernah cuba mendaftar sebagai ahli UMNO sebanyak dua kali iaitu pada pertengahan tahun 2008 juga 2013 tetapi selepas bertahun, tiada khabar berita. 

6) Terima kasih UMNO kerana tidak berminat dengan saya !

7) Kepada UMNO, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi penceramah kempen anda di sekitar DUN Pantai Kundor dan Parlimen Tangga Batu di waktu menjelang Pilihan Raya Umum 2013. Masih segar terasa apabila setiap ceramah saya menerima sambutan dan teriakan gembira masyarakat.

8) Menuju masa hadapan, saya akan komited dengan perjuangan BERSATU. Saya yakin saya ada kemampuan untuk membantu BERSATU dan rakan-rakannya yang secara dasar telah menerima dan terbuka kepada sebarang bentuk kerjasama politik dalam "berdepan" dengan UMNO dan pakatan "separuh matinya" di dalam BN seperti MCA, MIC dan GERAKAN. 

9) Sosio politik sudah berubah. UMNO tidak boleh berterusan menjadikan DAP sebagai "talian hayatnya" untuk menakutkan Melayu tetapi pada masa yang sama UMNO cuba membodohkan Melayu dan rakyat Malaysia dalam berdepan skandal besar melibatkan ketuanya.

10) BERSATU akan menjadi "gam" yang menyatukan PKR, DAP, AMANAH (Pakatan Harapan) dengan PAS. Jika Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Anwar Ibrahim boleh berdamai demi menyelamatkan negara, tidak matilah kita jika tidak berterusan menyokong UMNO. Bak kata Tun M, "yang ada hari ini bukan UMNO, tetapi parti Najib." 

- BERSATU - BERAMANAH -BERMARUAH -

No comments:

Post a Comment