13/10/2016

Menteri BN, Timbalan Menteri BN dan YB-YB BN !

1) Saya macam pernah dengar ada Perdana Menteri sewaktu mula-mula pegang kuasa 'terpekik dan terlolong' menyebut RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
2) Macam sudah lama slogan hebat itu tidak dibesar-besarkan lagi. Mana pergi ? Sudah tertanam dalam kubor seperti slogan CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG jugakah ?
3) Saya kira walaupun sekarang sudah tahun 2016, majoriti rakyat Malaysia berusia 20 tahun ke atas lebih ingat, lebih faham dan lebih 'percaya' kepada slogan MALAYSIA BOLEH dan WAWASAN 2020 yang cukup popular sekitar 1990an dan dipermulaan abad ke 21.
4) Maklumat sahih mengatakan 21000 'budak-budak' di Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia sudah tidak dapat elaun wang saku sejak bulan Julai. Setelah benda ini menjadi kontroversi barulah Kementerian Pendidikan mengeluarkan kenyataan dan 'berjanji' untuk menyalurkannya selewatnya 18 Oktober ini.
5) 'Budak-budak' itu bukan semuanya anak orang berada. Majoriti adalah daripada keluarga berpendapatan sederhana dan ramai juga yang datang dari kampung-kampung, anak pekebun kecil, nelayan kecil dan peneroka. Mana pergi janji RAKYAT DIDAHULUKAN sehingga ada laporan mengatakan pelajar Matrikulasi Labuan terpaksa menerima ehsan pasukan sukarelawan yang menyediakan mereka makanan kerana sudah 3 bulan tiada elaun ! Kerajaan sudah jadikan 'budak-budak' ini seperti warga HOMELESS di Chow Kit ?
Senang kata - GOMEN SUDAH MULA KEKERINGAN TUNAI tetapi tiada pengakuan ikhlas dan masih mahu beritahu satu negara ekonomi adalah cemerlang dan terbilang !

No comments:

Post a Comment