1) Jamal Md. Yunos, Ketua UMNO Sungai Besar, Selangor yang juga "boss" Pergerakan Baju Merah kata dia akan LUDAH tangan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun (1981-2003), Dr. Mahathir Mohamad jika bertemu.
2) Jamal menyesal kerana pernah bersalaman dan mencium tangan Dr. Mahathir suatu ketika dahulu.
3) Nampaknya Jamal sudah ketahap tertinggi kebenciannya pada siapa sahaja yang cuba menggugat kredibiliti Presiden partinya yang seluruh dunia "bercerita" pasal skandal berbilion duit 1MDB disalahguna secara menggila sehingga menjadi topik sensasi sejak pertengahan 2015.
4) Kes salah tadbir, tutup maklumat dan penggubahan wang secara haram melibatkan 1MDB telah menjadi kes rasmi di Amerika Syarikat, Singapura, Switzerland dan U.A.E. Di tempat asalnya, Malaysia, Peguam Negara Apandi Ali di awal 2016 sudah kata tiada kes dan boss si Jamal itu tidak ada salah laku walau sedikit.
5) Respon ringkas Makcib Nab Kampung Alai, Segamat, Johor sebentar tadi apabila saya beritahu padanya pasal kata-kata biadap Jamal:
"Kurang ajar punya orang, baik mati daripada hidup"
(Makcik itu ialah Emak saya)
No comments:
Post a Comment