30/07/2017

Ibu & Bapa Saya Dilahirkan Di Malaya

" Encik (bapa) saya ada darah Bugis dan Emak saya ada darah Banjar. Tetapi Encik dan Emak saya lahir di Malaya. Dua datuk dan dua nenek saya juga lahir di Malaya. Kami sekeluarga hanya tahu Bahasa Melayu, tidak faham Bahasa Bugis dan Bahasa Banjar. Saya juga langsung tiada saudara-mara sedarah yang menjadi warganegara selain Malaysia. Jadi, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang ibu dan bapanya dilahirkan di Pulau Jawa sebenarnya lebih KURANG Melayu dan KURANG Malaysianya berbanding saya walaupun dia 30 tahun lebih tua daripada saya ! ORANG-ORANG Parlimen Bagan Datok kekurangan Melayu yang lebih Melayu untuk jadi wakil rakyat ?


Fendi Ahmad

30 Julai 2017


* Malaya digunakan sebab semuanya dilahirkan sebelum zaman Malaysia tertubuh.

PM Najib Akui BN Bawa Masalah: Biar Jadi Seperti Saddam Hussein ?

1) Di Kuala Lipis, Pahang (30 Julai 2017), Presiden UMNO Dato' Seri Mohd. Najib Abdul Razak di hadapan perwakilan Bahagian Lipis kata menukar Kerajaan tidak akan menyelesaikan masalah.


2) Dia memetik kata-kata seorang rakyat Iraq yang mengatakan Kerajaan baru di sana (untuk rekod, Kerajaan baru Iraq "diangkat" dengan sokongan kuat Amerika Syarikat sewaktu Presiden Bush berkuasa) tidak bawa kebaikan kepada negara itu. 


3) Menurut penyampaian cerita oleh Najib, seteruk Presiden Saddam Hussein, orang Iraq itu masih ada pekerjaan, anak pergi ke sekolah dan ada makanan di atas meja. 


4) Nampaknya secara TERANG tanpa perlu bersuluh, Najib memberitahu orang UMNO bahawa beliau kini adalah Perdana Menteri kepada sebuah Kerajaan yang lemah lagi penuh masalah. 


5) Perlukah Perdana Menteri kelihatan begitu terdesak sehingga perlu "menyamakan" pentadbiran yang diketuainya sekarang dengan diktator zalim Saddam Hussein ? Adakah Najib dan UMNO begitu takut pengakhiran riwayat mereka akan jadi seperti Saddam Hussein yang meninggal dunia dalam kehinaan ? 

29/07/2017

Sindrom Si Nenek: Shahrizat Kata Zaman Tun Mahathir Sudah Berakhir

1) Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil nampaknya sudah boleh masuk kategori NENEK yang "mungkin" sudah dihantui sindrom pasca-menopos tahap kronik. Maafkan saya kerana terpaksa guna istilah itu.


2) 15 Ogos akan datang, usia Shahrizat akan mencecah 64 tahun. Tidaklah terlalu veteran tetapi jauhlah daripada dikatakan muda. Kita mesti ingat Shahrizat mula diberi laluan oleh Dr. Mahathir bertanding di Pilihan Raya Umum (PRU) ke 9 pada tahun 1995 di Parlimen Lembah Pantai. Dia ketika itu berusia 42 tahun dan kelihatan sebagai seorang peguam yang ada kaliber dan bakal menjadi pemimpin wanita masa hadapan. 13 tahun dia kekal menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai dan beberapa tahun juga sebagai Menteri.


3) Hari ini (29 Julai 2017) di Langkawi, Shahrizat beritahu wanita UMNO bahawa era Dr. Mahathir sudah berakhir. Katanya, ini adalah zaman Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak. Najib sahaja yang mampu untuk meneruskan pembangunan di Langkawi.


4) Bekas Menteri yang suaminya pernah terpalit dengan isu penyalahgunaan dana Kerajaan kerana duit untuk projek ternakan lembu dibeli kondominium mewah pula itu turut BERKHAYAL sendirian dengan mengatakan DAP tidak akan membenarkan Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri apabila Pakatan Harapan menang PRU. Shahrizat cuba MENAKUTKAN Melayu bahawa DAP yang akan menguasai Kerajaan baru jika Barisan Nasional tewas. Inilah sentimen pemimpin UMNO yang cukup jahat untuk menerbitkan rasa benci di antara Melayu dan Cina !


5) Shahrizat sebenarnya lupa diri sendiri. Dia tewas kepada Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai pada PRU 2008. Kerana "sayangnya" Najib kepadanya, Shahrizat dipilih sebagai Senator dan dikekal menjadi Menteri selepas itu. Bagaimanapun, skandal "LEMBU"  yang memalit suaminya memaksa beliau meletak jawatan Menteri. Seterusnya, di PRU 2013 dia tidak dipilih bertanding mewakili UMNO. Kerana ketandusan pemimpin wanita dan rasa mahu kekal kuasa, Shahrizat tetap mahu menjadi Ketua Wanita UMNO sewaktu Pemilihan UMNO 2013. Kita patut JERITKAN pada Kak Ijat: Era Shahrizat Jalil sudah lama tamat dan malulah kerana perlu bergantung kepada ihsan Najib Razak untuk terus pegang jawatan sedangkan rakyat sudah lama menolak kamu.

28/07/2017

Dulu Pembesar UMNO Kata Tun Mahathir Tak Perlu Ditakuti

1) Ketua Menteri Melaka Idris Haron kata kalau Tun Dr. Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri semula maka Malaysia akan mengalami REVOLUSI. Huru-hara besar macam yang berlaku di banyak negara Arab pada tahun 2011 dahulu.
2) Menteri Ismail Sabri Yaakob kata Pakatan Harapan hanya memperalatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyerang UMNO dan tidak akan dibenarkan menjadi Perdana Menteri.
3) Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (KJ) kata Pakatan Harapan tidak boleh beritahu rakyat siapa yang akan mereka lantik jadi perdana menteri jika mereka menang pilihan raya. KJ juga kata Tun Dr. Mahathir Mohamad patut bersara daripada politik. Itu respon mudah KJ apabila Dr. Mahathir dipilih sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.
4) Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Timbalan Menteri Dr. Asyraf Wajdi kata ahli Umno tidak perlu bernostalgia dan taksub terhadap pemimpin tertentu yang meninggalkan parti. Pastinya dia merujuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.
5) Nampaknya para pembesar UMNO cukup 'sayang' kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Setahun lepas tatkala tersebar kata-kata bahawa Bapa Pemodenan Malaysia itu akan menubuhkan sebuah parti baru untuk menentang UMNO, SEMUA kata mereka tidak berasa takut kerana apalah ada pada seorang tua yang telah melebihi 90 tahun. Tidak sampai setahun nampaknya pembesar - pembesar UMNO ini seperti CUKUP TAKUT dengan TSUNAMI yang mampu di bawa 'orang tua' itu !