02/04/2018

*Komen Mak Cik Nab Tentang Pan Borneo: "Negara Lain Ni Dia Ingat Apa?"*

1) Selepas hampir 3 minggu saya tidak dapat bersarapan di kampung, pagi ini selepas Suboh dapat isi perut dengan 'air tangan' Emak. Emak pagi-pagi dah siapkan jemput-jemput (ada tempat dipanggil cekodok bawang / cekodok ikan bilis), jagung rebus dan kopi O panas. 

2) Sambil saya kunyah jemput-jemput, muncul promo projek Lebuh Raya Pan Borneo di TV3. Rasanya promo (klip video ataukah iklan ?) Pan Borneo itu seperti setiap hari sejak 3-4 bulan lepas asyik diulang-tayang daripada pagi sampai ke malam. Tentu antara objektifnya mahu menarik perhatian rakan-rakan di Sabah dan Sarawak supaya menghargainya sebagai satu "usaha besar" Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak.

3) Saya secara spontan berkata, "Pan Borneo, Pan Borneo." Ayat saya itu sahaja.

4) Emak yang memang lebih banyak menonton TV berbanding saya tanpa dipaksa terus menyambung - "Dia ingat orang kesah sangat Pan Borneo tu ? Yang orang "NEGARA" sini lain-lain ni takda perasaan ?"

5) Saya tersenyum sendirian. Dalam hati berkata, "Wah Mak aku ! Mantap dah !" Siapa yang Emak maksudkan dengan DIA itu dan terasa ada KEMARAHAN juga dalam diri Emak sehingga diapun rasanya tidak sedar menggunakan perkataan NEGARA SINI dalam ayatnya itu. 

#MAKCIKNABpastiBerubah
#MAKCIKNABorangKampung
#MAKCIKNABtinggalkanDacing
#MAKCIBNABselepas8PRU

No comments:

Post a Comment