04/04/2018

Johor Jadi Tumpuan Najib dan Dr. M

" Semalam Datuk Seri Najib seharian mengumum itu dan ini di 3 Parlimen di negeri Johor - Muar diisytihar sebagai Bandar Perabot Malaysia, Segamat dimasukkan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Labis dengan Projek Keretapi Elektrik Gemas - Johor Bahru. Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti tipis di ketiga-tiga Parlimen itu sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) 2013. Jumaat ini (6 April) Tun Dr. Mahathir akan mengetuai perhimpunan raksasa Pakatan Harapan di Pasir Gudang pula sebagai penutup Jelajah Harapan bagi memperkenal beliau dan Datin Seri Dr. Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri apabila Harapan diberi kepercayaan rakyat di PRU 14 nanti. Sabtu, 7 April pula Tun M dan pemimpin Harapan akan 'serang' Parit Jawa, Muar. Untuk rekod, Pasir Gudang dimenangi BN pada tahun 2013 dengan majoriti kurang 1000 undi manakala Muar kelihatan mendapat tumpuan istimewa baik di pihak BN dan Harapan kerana itulah daerah kelahiran Presiden Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang jika tidak mempertahankan Pagoh, dijangka beralih ke Muar pula. "


Fendi Ahmad

4 April 2018

No comments:

Post a Comment