" Bagaimana boleh ada ibu dan bapa zaman sekarang secara berjemaah / beramai-ramai tidak kesah ATAU tidak perasan ATAU sengaja membenarkan ATAU tidak peduli anak-anak sendiri boleh berada di luar rumah pada jam 3 pagi dan berkonvoi berbasikal di jalanan seramai berpuluh-puluh orang serentak ? Memang malang tidak berbau dan takdir itu Tuhan yang lebih mengetahui TETAPI apa telah terjadi pada institusi kekeluargaan zaman sekarang ? Kita khuatir andainya benar bahawa kekeluargaan zaman sekarang lebih banyak menumpu kepada soal sekolah anak-anak sahaja sehingga tiada masa bicara mesra soal lain. Ataukah kekangan kos hidup menyebab nilai murni kekeluargaan sudah semakin tiada masa untuk difikir dan dilaksanakan ? Orang hidup dalam keperitan maka tiada masa untuk fikir yang lain ? "
Fendi Ahmad
19 Februari 2017
No comments:
Post a Comment