05/02/2017

Kisah Saya, Cikgu Sekolah & Dr. Mahathir



Cikgu Pendidikan Islam semasa Tingkatan Empat:


1) Malaysia ni semua mahu membazir. Mahu bangunan tinggi, itu besar ini besar. Stadiumpun nak yang besar saja.


2) Takpelah, kelas ni ada Fendi. Kita tak payah cerita benda-benda ni.


Cikgu Sejarah semasa Tingakatan Lima:


3) Negara kita ni semua dah tak betul. Lama-lama nanti jadilah macam sejarah Melaka. Kita sendiri sebabkan orang asing dapat jajah kita sebab yang jaga negara tak boleh harap. 


4) Tapi tak apalah. Ada Fendi kat kelas ni. Mana boleh cerita macam ni.


5) Kisah-kisah di atas berlaku pada tahun 1998 dan 1999 sewaktu zaman Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad  menghadapi krisis politik daripada pemecatan Timbalannnya Anwar Ibrahim, September 1998. 


" SATU SEKOLAH TAHU PENDEBAT TERBAIK DAERAH SEGAMAT ITU ADALAH PENCINTA DAN PENGKAGUM MAHATHIR MOHAMAD "

No comments:

Post a Comment