" Memandangkan bayaran BR1M pusingan pertama sudah bermula hari ini dan seperti ada kedengaran sedikit masa dulu bahawa satu kaedah akan diperkenalkan supaya penerima dapat menggunakan wang BR1M sebagai permulaan untuk membeli Proton Iriz sekaligus menjadi pemandu UBER / GRAB, pastinya jualan Proton akan meningkat dengan jayanya. Dengan andaian mudah 10% sahaja penerima BR1M akan membeli Proton Iriz, jualan Proton tahun ini akan mencecah lebih 700 000 unit. Maklumlah, Kerajaan pernah kata sekitar 7 000 000 (7 juta) rakyat menerima BR1M. Jualan tahunan Proton untuk beberapa tahun terakhir ini tidak mencecah 200 000 unit. Jika kerana BR1M tahun ini Proton mampu mencapai lebih 700 000 unit jualan, maka saya akan isytiharkan BR1M adalah idea ekonomi terbaik dalam sejarah Malaysia ! "
Fendi Ahmad
22 Februari 2017
Fendi Ahmad
22 Februari 2017
No comments:
Post a Comment