1) Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) telah menjual 5 juta unit saham dimilikinya di dalam Felda Global Ventures (FGV) pada 27 Januari 2017.
2) Walaupun masih menguasai hampir 207 juta unit saham FGV dengan penguasaan keseluruhan sebanyak 5.67%, penjualan 5 juta unit saham itu pada nilai harga pasaran terkini FGV sekitar RM1.80 hingga RM1.90 adalah sesuatu yang boleh menimbulkan TANDA TANYA besar kerana ianya adalah satu penjualan bersifat RUGI BESAR kepada koperasi.
3) Mengikut rekod, KPF membeli saham-saham FGV pada nilai RM4.50 seunit. Dengan penjualan semula pada nilai tidak sampai RM2 seunit, Koperasi itu mengalami kerugian minima RM12.5 Juta untuk 5 juta unit saham tersebut !
4) KPF ini ditubuhkan pada tahun 1980 dengan objektifnya untuk meningkatkan status ekonomi peneroka-peneroka Felda melalui penglibatan Koperasi di dalam pemilikan saham-saham secara kelompok. Mudah kata, ianya menjadi teras kepada program simpanan dan pelaburan bagi peneroka Felda.
5) Rasional pelupusan 5 juta unit saham FGV oleh KPF ini menjadi misteri. Mungkinkah ini sebagai satu tanda bahawa saham-saham FGV semakin berbahaya untuk disimpan dan akan semakin turun nilainya nanti ? Atau mungkinkah Koperasi Felda itu memerlukan tunai segera untuk satu tujuan yang tidak diketahui ?

No comments:
Post a Comment