07/02/2017

Jet Peribadi RM155 Juta Jho Low "DITAHAN" Singapura ?

1) Singapura dikatakan telah "merampas" (sita) sebuah jet peribadi Bombardier Global 5000 dimiliki Jho Low.


2) Jet bernilai USD35 Juta (RM155 Juta) itu adalah sebahagian daripada aset HARAM bernilai USD1 Bilion (RM4.4 Bilion) yang dipercayai DICURI - DIROMPAK - DISAMUN daripada syarikat 1MDB.


3) Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mendakwa berbilion duit berasal daripada 1MDB telah digubah secara haram dan DIJOLI seperti "harta mak ayah sendiri" oleh beberapa individu yang menjadi "mastermind" kepada satu PEROMPAKAN hebat. Selain Jho Low, anak lelaki isteri Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak iaitu Riza Aziz turut disebut.


4) Selain jet, duit HARAM itu turut digunakan mereka untuk membeli beberapa apartmen mewah, pemilikan saham USD100 Juta (RM440 Juta)  EMI Publishing Group, kepentingan USD380 Juta (RM1.7 Bilion) di dalam Park Lane Hotel, New York, bayaran perbelanjaan judi kasino di Las Vegas, pembelian hasil-hasil seni (lukisan) mewah berjumlah lebih USD200 Juta (RM880 Juta) dan juga sekitar USD100 Juta (RM440 Juta) bagi pembikinan filem separa lucah Wolf of Wall Street.


5) Jika benar jet peribadi "HARAM" itu telah dirampas / disita di Singapura seperti yang dimahukan pihak Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, di Malaysia nampaknya Jho Low dan 1MBD seperti langsung tiada DOSA kepada rakyat Malaysia walaupun sudah terang lagikan bersuluh, semua "kejadian" berkaitan 1MDB sepatutnya berlaku dengan pengetahuan Pengerusi Lembaga Penasihat 1 MDB sendiri iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

No comments:

Post a Comment