" Ada ahli bijak pandai pernah berkata apabila Raja di dalam sebuah negara yang amalkan konsep Raja Berperlembagaan mula bersuara secara rasmi tentang perkara-perkara berkaitan pengamal politik dan terselit unsur-unsur berat sebelah yang nyata dan pelik maka itu PETANDA bahawa Kerajaan yang sedang memerintah itu berada dalam keadaan goyah, tidak cukup kuat dan hilang arah. Apapun, sejak zaman berzaman kita berpegang teguh kepada konsep Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah dan Raja dan rakyat berpisah tiada. Berdoa dan berharap kita agar institusi Raja-Raja selamanya menjadi PAYUNG yang benar-benar memayungi rakyat jelata, memahami denyut nadi susah juga senang rakyat jelata. "
Fendi Ahmad
23 Februari 2017
23 Februari 2017
No comments:
Post a Comment