28 Februari 2017
28/02/2017
Kita Akan Jadi Bibik Di Indonesia ?
28 Februari 2017
Tun M Tidak Relevan ?
28 Februari 2017
27/02/2017
Sultan Iskandar dan Menteri Besar Johor
" Seingat saya, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 12 pada tahun 2008 telah pergi menghadap Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail bagi tujuan menyatakan keinginan menukar Dato' Abdul Ghani Othman bertanding ke kerusi Parlimen sekaligus akan berlakunya pertukaran Menteri Besar Johor. Ramai menyakini bahawa Pak Lah mahukan Dato' Mohd. Khaled Nordin menjadi Menteri Besar yang baru. Keinginan Pak Lah itu dikatakan tidak diperkenan Almarhum Sultan Iskandar yang teguh masih mahukan Abdul Ghani sebagai Menteri Besar Johor. Sultan Iskandar mangkat pada tahun 2010 dan sewaktu PRU 13 (2013), Abdul Ghani tewas kepada Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah dan Khaled Nordin menjadi Menteri Besar dengan perkenan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar selepas menang kerusi DUN. Mana mungkin seorang Menteri Besar yang sombong dan tidak disukai Sultan boleh terus kekal di jawatan itu selama 18 tahun (1995-2013) dengan 15 tahun daripadanya di bawah Sultan Iskandar ? "
Fendi Ahmad
27 Februari 2017
24/02/2017
Beras Naik Harga: Sila Makan Jagung ?
2) Kenaikan sebanyak RM50 bagi setiap 1 tan (1000 kilogram) itu akan bermula pada 1 Mac 2017.
3) Jika dikira kenaikan RM50 untuk setiap 1000 kilogram yang diterima pemborong maka ianya adalah sekitar 5 sen untuk setiap kilogram.
4) Apa yang akan berlaku ialah pemborong akan menaikkan harga beras yang telah dipaketkan untuk dijual kepada pengedar. Pengedar pula menaikkan harga yang dijual kepada peruncit dan akhir sekali peruncit perlu menaikkan harga jualan kepada pembeli (pengguna). Peniaga makanan pastinya perlu naikkan harga nasi putih.
5) Adalah dijangkakan sekampit beras impot akan alami kenaikan sekitar RM5. Harapnya kita tidak akan dengar komen daripada mana-mana Menteri supaya rakyat jangan makan nasi dan makan benda lain yang bukan berasaskan beras !
23/02/2017
Apabila Raja Bersuara
23 Februari 2017
22/02/2017
BR1M Untuk Beli Iriz ?
Fendi Ahmad
22 Februari 2017
21/02/2017
Video: Kejatuhan RM dan Isu Ekonomi Malaysia
Fendi Ahmad
21 Februari 2017
20/02/2017
Ketua Audit Negara
" Adalah satu kepelikan apabila seorang yang tidak memiliki latar belakang pendidikan formal dalam bidang perakaunan, kewangan atau sekurangnya ekonomi dengan pengalaman yang berkaitan dilantik sebagai Ketua Audit Negara. Ijazah Kedoktoran juga Sarjana di bidang Pengurusan Sumber Manusia itu layak untuk jadi Juru Audit nombor satu kepada Kerajaan Malaysia ?Apakah Jabatan Audit Negara sudah ketandusan bakat yang sesuai sehingga seorang pesara Kerajaan tanpa pendidikan dan pengalaman yang relevan terpaksa dipanggil untuk mengetuainya ? "
Fendi Ahmad
20 Februari 2017
19/02/2017
Nilai Kekeluargaan Menipis ?
" Bagaimana boleh ada ibu dan bapa zaman sekarang secara berjemaah / beramai-ramai tidak kesah ATAU tidak perasan ATAU sengaja membenarkan ATAU tidak peduli anak-anak sendiri boleh berada di luar rumah pada jam 3 pagi dan berkonvoi berbasikal di jalanan seramai berpuluh-puluh orang serentak ? Memang malang tidak berbau dan takdir itu Tuhan yang lebih mengetahui TETAPI apa telah terjadi pada institusi kekeluargaan zaman sekarang ? Kita khuatir andainya benar bahawa kekeluargaan zaman sekarang lebih banyak menumpu kepada soal sekolah anak-anak sahaja sehingga tiada masa bicara mesra soal lain. Ataukah kekangan kos hidup menyebab nilai murni kekeluargaan sudah semakin tiada masa untuk difikir dan dilaksanakan ? Orang hidup dalam keperitan maka tiada masa untuk fikir yang lain ? "
Fendi Ahmad
19 Februari 2017
17/02/2017
Si Anak Kecil Malaysia
" Si Kecil berdua ini anak kepada peniaga makanan di tempat saya bertugas. Memang tabiat saya suka bergurau dan mengusik mereka. Selepas melayan mereka bercakap dan selfie, mereka kata - nak salam dulu, nanti datanglah lagi - Senyum saya melihat budi bahasa mereka. Encik (ayah) selalu pesan dekat saya kalau kita tidak ada perasaan sukakan anak kecil yang bukannya ada kaitan keluarga dengan kita maka jangan beranganlah mahu jadi pemimpin. Mendalam juga pesanan Encik itu "
Fendi Ahmad
17 Februari 2017
Semuanya Dari Allah
" Sejak kecil saya sentiasa diingatkan Encik (ayah) supaya jangan sesekali sombong atau berlagak. Sejak tahun 1997 sewaktu meletopnya lagu Puji-Pujian nyanyian Raihan, Encik asyik mengulang sebaris lirik lagu itu kepada si bongsu dia ini - bila dipuji kejayaan kita, sebenarnya bukan milik kita, oleh itu sedarlah sentiasa, semuanya dari Allah - Walau apa terjadi dalam hidup ini, nasihat Encik yang satu itu akan sentiasa tersemat kukuh dalam diri Andi ini "
Fendi Ahmad
16 Februari 2017
15/02/2017
Saya dan Tun Hasmah
" Tun Dr. Siti Hasmah akan selamanya terukir di hati saya sebagai - The Best First Lady Ever - untuk Malaysia. Beliaulah satu-satunya penjawat awam yang mampu bergelar isteri Perdana Menteri. Sewaktu bekerja sebagai Doktor merangkap bidan di Alor Star beliau pernah terjatuh ke dalam bendang sawah padi apabila motor yang diboncengnya hilang arah. Inilah anak bandar yang akhirnya rela berkhidmat ke kampung-kampung di Kedah yang amat mundur dahulu dan tidak pernah cuba untuk mempopularkan dirinya walaupun bergelar Yang Amat Berbahagia isteri Perdana Menteri "
Fendi Ahmad
15 Februari 2017
Saya dan Tun Mahathir
" Akhirnya budak kampung si penakut, si pemalu ini dapat bergambar di atas pentas rasmi bersama dengan idolanya - Tun Dr. Mahathir Mohamad yang selamanya digelar - My Greatest Datuk Seri Forever - Hari ini 14 Februari dengan penuh senyuman manis sambil menatap mukanya, Tun M TAULIAHKAN dia sebagai seorang pemimpin yang baru mula belajar "
Fendi Ahmad
14 Februari 2017
12/02/2017
FELDA Semakin Miskin ?
" Duit tunai di tangan FELDA sehingga akhir 2014 ialah sekitar RM430 Juta. Duit tunai FELDA pada tahun 2004 selepas peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi ialah kira-kira RM4 Bilion. Pada akhir tahun 2009, tunai FELDA sebaik sahaja berlakunya peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak ialah dalam lingkungan RM1.35 Bilion. Ini seolah Tun M tinggalkan FELDA dengan duit tunai RM4 Bilion, Tun Abdullah menjatuhkannya ke paras 1 Bilion lebih sedikit dan zaman Najib pula terus memiskinkan FELDA. Renung-renungkanlah. "
Fendi Ahmad
12 Februari 2017
FELDA RUGI BERBILION ?
" Kumpulan FELDA mengalami KERUGIAN RM1 990 000 000 (RM1.99 Bilion) untuk tahun 2013. Seterusnya ia RUGI RM1 040 000 000 (RM1.04 Bilion) pada 2014. Laporan kewangan lengkap Kumpulan FELDA untuk tahun 2015 akan dibentangkan di Parlimen sedikit masa lagi. Peliknya; IOI Corporation, Sime Darby, Genting Plantations dan banyak lagi syarikat swasta berorientasikan bisnes pertanian masih boleh mencatatkan keuntungan. Pengerusi FELDA ketika itu Mohd. Isa Abdul Samad tidak mahu komen ? "
Fendi Ahmad
12 Februari 2017
11/02/2017
Projek Tebatan Banjir
" Ketua Audit Negara perlu menyiasat segala penggunaan duit peruntukan untuk projek tebatan banjir yang telah diumum. Peruntukan bagi projek-projek tebatan banjir yang diluluskan untuk Bajet 2015 ialah RM800 Juta, RM730 Juta tambahan bagi tahun 2016 dan Bajet 2017 pula RM495 Juta akan disalurkan bagi 69 projek di seluruh negara. Rakyat yang membayar GST dan Cukai Pendapatan tidak membantah projek untuk kebaikan tetapi apakah bajet melebihi RM1 Bilion dalam masa tiga tahun itu telah digunakan secara betul dan menampakkan hasil yang sepatutnya ? "
Fendi Ahmad
11 Februari 2017
The Government in - Waiting
" Mulai sekarang jangan gunakan istilah PEMBANGKANG tetapi mereka adalah <The Government in - Waiting>, KERAJAAN MENUNGGU yang akan mengambil alih kepimpinan Malaysia sebaik tamatnya Pilihan Raya Umum ke 14. <The Government in - Waiting> wajib terus menjadikan agenda membebaskan Malaysia daripada rejim kleptokrasi si PEROMPAK - PENYAMUN - PENCURI yang bertindak bagaikan drakula yang menjaga tabung darah sebagai matlamat utama menuju Putrajaya. "
Fendi Ahmad
11 Februari 2017
09/02/2017
Forest City: Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusu
07/02/2017
Jet Peribadi RM155 Juta Jho Low "DITAHAN" Singapura ?
1) Singapura dikatakan telah "merampas" (sita) sebuah jet peribadi Bombardier Global 5000 dimiliki Jho Low.
2) Jet bernilai USD35 Juta (RM155 Juta) itu adalah sebahagian daripada aset HARAM bernilai USD1 Bilion (RM4.4 Bilion) yang dipercayai DICURI - DIROMPAK - DISAMUN daripada syarikat 1MDB.
3) Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mendakwa berbilion duit berasal daripada 1MDB telah digubah secara haram dan DIJOLI seperti "harta mak ayah sendiri" oleh beberapa individu yang menjadi "mastermind" kepada satu PEROMPAKAN hebat. Selain Jho Low, anak lelaki isteri Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak iaitu Riza Aziz turut disebut.
4) Selain jet, duit HARAM itu turut digunakan mereka untuk membeli beberapa apartmen mewah, pemilikan saham USD100 Juta (RM440 Juta) EMI Publishing Group, kepentingan USD380 Juta (RM1.7 Bilion) di dalam Park Lane Hotel, New York, bayaran perbelanjaan judi kasino di Las Vegas, pembelian hasil-hasil seni (lukisan) mewah berjumlah lebih USD200 Juta (RM880 Juta) dan juga sekitar USD100 Juta (RM440 Juta) bagi pembikinan filem separa lucah Wolf of Wall Street.
5) Jika benar jet peribadi "HARAM" itu telah dirampas / disita di Singapura seperti yang dimahukan pihak Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, di Malaysia nampaknya Jho Low dan 1MBD seperti langsung tiada DOSA kepada rakyat Malaysia walaupun sudah terang lagikan bersuluh, semua "kejadian" berkaitan 1MDB sepatutnya berlaku dengan pengetahuan Pengerusi Lembaga Penasihat 1 MDB sendiri iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.
FGV
Fendi Ahmad
Koperasi Felda Jual Saham Felda Untuk Rugi RM12.5 Juta ?
2) Walaupun masih menguasai hampir 207 juta unit saham FGV dengan penguasaan keseluruhan sebanyak 5.67%, penjualan 5 juta unit saham itu pada nilai harga pasaran terkini FGV sekitar RM1.80 hingga RM1.90 adalah sesuatu yang boleh menimbulkan TANDA TANYA besar kerana ianya adalah satu penjualan bersifat RUGI BESAR kepada koperasi.
3) Mengikut rekod, KPF membeli saham-saham FGV pada nilai RM4.50 seunit. Dengan penjualan semula pada nilai tidak sampai RM2 seunit, Koperasi itu mengalami kerugian minima RM12.5 Juta untuk 5 juta unit saham tersebut !
4) KPF ini ditubuhkan pada tahun 1980 dengan objektifnya untuk meningkatkan status ekonomi peneroka-peneroka Felda melalui penglibatan Koperasi di dalam pemilikan saham-saham secara kelompok. Mudah kata, ianya menjadi teras kepada program simpanan dan pelaburan bagi peneroka Felda.
5) Rasional pelupusan 5 juta unit saham FGV oleh KPF ini menjadi misteri. Mungkinkah ini sebagai satu tanda bahawa saham-saham FGV semakin berbahaya untuk disimpan dan akan semakin turun nilainya nanti ? Atau mungkinkah Koperasi Felda itu memerlukan tunai segera untuk satu tujuan yang tidak diketahui ?
05/02/2017
Kisah Saya, Cikgu Sekolah & Dr. Mahathir
Cikgu Pendidikan Islam semasa Tingkatan Empat:
1) Malaysia ni semua mahu membazir. Mahu bangunan tinggi, itu besar ini besar. Stadiumpun nak yang besar saja.
2) Takpelah, kelas ni ada Fendi. Kita tak payah cerita benda-benda ni.
Cikgu Sejarah semasa Tingakatan Lima:
3) Negara kita ni semua dah tak betul. Lama-lama nanti jadilah macam sejarah Melaka. Kita sendiri sebabkan orang asing dapat jajah kita sebab yang jaga negara tak boleh harap.
4) Tapi tak apalah. Ada Fendi kat kelas ni. Mana boleh cerita macam ni.
5) Kisah-kisah di atas berlaku pada tahun 1998 dan 1999 sewaktu zaman Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad menghadapi krisis politik daripada pemecatan Timbalannnya Anwar Ibrahim, September 1998.
" SATU SEKOLAH TAHU PENDEBAT TERBAIK DAERAH SEGAMAT ITU ADALAH PENCINTA DAN PENGKAGUM MAHATHIR MOHAMAD "
03/02/2017
China beli kilang Proton ?
" Andai benar 51% hak milik kilang Proton akan dijual kepada syarikat daripada negara China dan beribu hektar tanah tumpah darahku di negeri Johor telah terjual juga kepada syarikat daripada China maka apalagilah yang boleh kita harapkan kepada tuan punya cogankata Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan "
Fendi Ahmad
3 Januari 2017
02/02/2017
Isteri Ganti Suami ?
" Dahulu mereka selalu kutuk PKR kerana seperti mewariskan Parlimen Permatang Pauh daripada suami kepada isteri. Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dikata menang kerana menjual air mata dan atas dasar simpati pengundi semata-mata. Tetapi sekarang Barisan Nasional (BN) sudah tiru PKR. Dahulu di Parlimen Batu Sapi, Sabah. Lepas itu di Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan sekarang di DUN Tanjong Datu, Sarawak. Suami meninggal dunia, isteri jadi calon Pilihan Raya Kecil. Taktik meraih simpati dan meraih undi paling berkesan atau sebenarnya sudah tiada modal untuk meraih sokongan secara bijak ? "
Fendi Ahmad
2 Februari 2017
01/02/2017
Mana Hilang "Rakyat Didahulukan" ?
" Mana pergi mentera keramat Perdana Menteri (PM) Mohd. Najib Abdul Razak yang berbunyi RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ? Kata-kata 1Malaysia juga sudah sepi. Belum jadi bekas Perdana Menteripun seperti tiada bekas yang akan ditinggalkan. Perdana Menteri ke 4 Dr. Mahathir Mohamad setelah hampir 14 tahun menjadi bekas PM masih diingati dengan bekas-bekas mentera keramatnya seperti Malaysia Boleh, Wawasan 2020 dan Perjuangan Yang Belum Selesai "
Fendi Ahmad
1 Februari 2017