1) Pada mulanya Menteri Abdul Rahman Dahlan menafikan China Communications Construction Company (CCCC) dari China yang dipilih Kerajaan Malaysia untuk terlibat dalam projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) adalah syarikat yang berada dalam SENARAI HITAM Bank Dunia.
2) Kenyataan itu pernah dibuat Menteri yang "menjaga" Unit Perancang Ekonomi (UPU) itu di dalam Dewan Negara.
3) Selepas menafikan diawalnya, hari ini (10 Disember), Abdul Rahman mengakui yang CCCC memang di dalam senarai hitam Bank Dunia akibat daripada dakwaan salah laku anak syarikatnya (China Road & Bridge Company, CRBC) di Filipina. Projek itu menerima pembiayaan Bank Dunia.
4) Dalam mempertahankan pemilihan syarikat dari China untuk projek RM55 Bilion itu, Abdul Rahman berkata ECRL bukan projek jalan atau projek jambatan dan tidak dibiayai Bank Dunia. Senang kata, tiada masalah untuk pilih syarikat China yang ada "track record" buruk itu !
5) Persoalannya, kenapa Kerajaan bersungguh juga mahu beri projek puluhan Bilion itu kepada syarikat yang sudah ada rekod buruk ? Projek landasan keretapi itu berhadapan dengan TIGA KONTROVERSI:
- Kos RM55 Bilion untuk landasan sepanjang 688 kilometer bermakna satu kilometer landasan bernilai kira-kira RM80 Juta !
- RM55 Bilion kos pembinaan adalah melalui HUTANG baru yang bakal menambahkan lagi HUTANG yang dibebankan Kerajaan semasa kepada generasi akan datang.
- Syarikat yang dipilih Kerajaan Malaysia untuk projek RM55 Bilion itu adalah sebuah syarikat dari China yang disenarai hitam Bank Dunia tetapi begitu istimewa di mata Kerajaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment