31/10/2016

Karipap RM1 Sebiji ???

1) Subsidi minyak masak ditarik. Hanya paket plastik 1 Kilo sahaja yang akan terus disubsidi. Saya jamin 1001 masalah akan timbul dek dasar bijak tersebut.

2) Makcib Nab dari Kampung Alai, Segamat, Johor keluar kenyataan berikut:

3) "Yang meniaga nantipun berebut beli banyak-banyak yang paket sekilo."

4) "Lama-lama nanti orang biasa nak beli yang sekilo-sekilo tak jumpapun sebab tak ada memanjang."

5) "Akhirnya jadi alasan pulak tak buat yang plastik sekilo sebab orang banyak tipu. Takda lagi yang murah tu." 

(Makcik Nab itu ialah Emak saya yang tidak pernah masuk sekolah menengah apalagi Universiti)

Hutang 1MDB Bukan Hutang Kerajaan

1) Menteri Kewangan Mohd. Najib Abdul Razak keluar kenyataan di Parlimen (31 Oktober 2016) bahawa hutang melibatkan 1MDB tidak DIKLASSIFIKASIKAN sebagai hutang kerajaan persekutuan.

2) Maka Najib dengan yakinnya mengingatkan rakyat bahawa segala hutang 1MDB dan projek-projek berkaitannya tidak menyumbang satu senpun kepada hutang kerajaan.

3) Maka hutang piutang 1MDB yang diyakini mencecah lebih RM50 bilion sehingga akhir tahun 2015 itu tidaklah perlu ditakuti rakyat kerana bukan hutang kerajaan.

4) Orang kampung kalau ditanya pasti boleh jawab soalan: Siapa perlu bayar hutang ? Jawapannya ialah orang yang ambil hutang atau dalam kes sebuah bisnes pastilah si PEMILIK bisnes. Mudah !

5) Siapa pemilik 1MDB ? Jawapannya ialah Kementerian Kewangan. Siapa "pemilik" Kementerian Kewangan ? Jawapannya kerajaan. Siapa "pemilik" kerajaan. Jawapannya RAKYAT MALAYSIA.

29/10/2016

Orang Kampung Nak Tahu Kenapa Minyak Masak 3 Kilo Naik Harga ?

1)Saya ini bukan Professor atau pakar ekonomi. Saya cakap sebagai orang kampung yang pening kepala mendengar 1001 alasan diberikan di televisyen kenapa harga minyak masak naik. Paket 1kg sahaja yang kekal. 

2) Orang kampung bukan faham apa itu rasionalisasi subsidi. Apa yang mereka tahu ialah Kerajaan yang mereka undi ialah Barisan Nasional yang Pengerusinya masa mula-mula jadi Perdana Menteri dahulu suka menyebut "1Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."

3) Sejak Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak mengekalkan kuasanya tanpa mendapat "restu" majoriti rakyat Malaysia pada Pilihanraya Umum (PRU) 2013, sebutan itu seperti sudah tenggelam. Untuk rekod, Barisan Nasional mendapat sekitar 48% undi rakyat manakala pembangkang memperoleh 52% undian.

4) Berbalik kepada minyak masak yang ditarik subsidinya kecuali bagi paket kecil 1kg, orang kampung pening mendengar ada Profesor, ahli ekonomi dan para bijak pandai lain yang cuba mempertahankan keperluan untuk Kerajaan menghapuskan subsidi. Keluarlah sebab musabab seperti: Mengelakkan penyeludupan ke luar negara, subsidi perlu untuk rakyat biasa sahaja, peniaga tidak perlu kepada subsidi, mengurangkan defisit Kerajaan dan duit subsidi wajar digunakan untuk tujuan lebih berfaedah.

5) Saya mahu beritahu kepada pihak yang "menjaga" subsidi: Tidak perlulah mengeluarkan 1001 alasan untuk menghalalkan penarikan subsidi. Berterus-terang adalah lebih mudah dan senang cerita. Jangan pusing lebih-lebih kerana rakyat di bawah sudah cukup "pusing kepala" memikirkan kos hidup yang makin lama makin meruncing. Cakap sahaja subsidi perlu ditarik kerana kita sudah tidak mampu, tanggungan Kerajaan semakin bertambah dan tunai perlu dijimatkan. Mudah sahaja untuk difahami orang kampung macam saya.

28/10/2016

Najib Perjuang Kemajuan Negara, Tun Mahathir Perjuang Kemerdekaan ?

1) Dr. Mahathir Mohamad kata perjuangan Perdana Menteri Mohd. Najib sudah tidak sama dengan apa yang sepatutnya di buat untuk negara ini.

2) Najib tanpa merujuk kepada siapa mengatakan memang benar perjuangan dulu dan sekarang berbeza.

3) Najib respon, "Dulu beliau yang berumur 91 tahun ini memperjuangkan kemerdekaan. Sekarang saya memperjuangkan kemajuan negara."

4) Kita pelik dengan ayat-ayat Perdana Menteri ini. Adakah "tukang tulisnya" tidak membuat "kerja rumah" secara bertanggungjawab. 

5) Bolehkah dibezakan "period" Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya sebagai Perdana Menteri (1955-1970) dengan Dr. Mahathir (1981-2003) ? Siapa yang digelar Bapa Kemerdekaan dan siapa pula yang diiktiraf sebagai Bapa Pemodenan Malaysia ?

22/10/2016

Jamal Baju Merah Mahu Ludah Tun Mahathir

1) Jamal Md. Yunos, Ketua UMNO Sungai Besar, Selangor yang juga "boss" Pergerakan Baju Merah kata dia akan LUDAH tangan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun (1981-2003), Dr. Mahathir Mohamad jika bertemu.

2) Jamal menyesal kerana pernah bersalaman dan mencium tangan Dr. Mahathir suatu ketika dahulu.

3) Nampaknya Jamal sudah ketahap tertinggi kebenciannya pada siapa sahaja yang cuba menggugat kredibiliti Presiden partinya yang seluruh dunia "bercerita" pasal skandal berbilion duit 1MDB disalahguna secara menggila sehingga menjadi topik sensasi sejak pertengahan 2015.

4) Kes salah tadbir, tutup maklumat dan penggubahan wang secara haram melibatkan 1MDB telah menjadi kes rasmi di Amerika Syarikat, Singapura, Switzerland dan U.A.E. Di tempat asalnya, Malaysia, Peguam Negara Apandi Ali di awal 2016 sudah kata tiada kes dan boss si Jamal itu tidak ada salah laku walau sedikit.

5) Respon ringkas Makcib Nab Kampung Alai, Segamat, Johor sebentar tadi apabila saya beritahu padanya pasal kata-kata biadap Jamal:

"Kurang ajar punya orang, baik mati daripada hidup"

(Makcik itu ialah Emak saya)

21/10/2016

Ucapan Bajet Atau Ucapan Politik ?

1) Pertama kali dalam sejarah, pembentangan Bajet negara kecoh sehingga majoriti besar Yang Berhormat pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat sebagai protes kepada Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak.

2) Apa yang jelas, Najib telah "mencemarkan" ucapan Bajet dengan membuat provokasi tahap terlampau yang jelas menunjukkan niatnya mahu mengambil kesempatan daripada tontonan berjuta rakyat melalui kaca TV kepadanya. Najib mungkin berasa inilah peluang terbaiknya untuk "memancing" kepercayaan rakyat.

3) Najib telah mencampur-adukkan ucapan Bajet dengan percubaan mempertahankan "survival" politiknya.

4) Adalah sesuatu yang tidak professional untuk seorang Menteri Kewangan di dalam bacaan Bajet memasukkan "cerita" memerli bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohammad yang berbaik dengan Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri untuk tempoh 1993-1998. Apa kaitan Bajet 2017 dengan pertemuan Dr. Mahathir dan Anwar di dalam mahkamah ?

5) YB-YB PKR, DAP, Amanah, Bersatu dan Warisan bertindak keluar dewan dan sebelum itu berteriak adalah akibat daripada provokasi ucapan Bajet Najib yang terlalu banyak memerli dan merendah-rendah pihak mereka. Kemuncaknya apabila Najib menggunakan ucapan Bajet untuk menidakkan dakwaan “seorang pemimpin pembangkang” yang berkata Malaysia mengharungi ribut ekonomi sukar pada tahun ini. Gaya bahasa dan intonasi Najib jika diteliti memang kelihatan seperti dia gagal membezakan di antara kaedah semasa ceramah politik dan professionalisme pembentangan Bajet rasmi sebuah negara di dalam Dewan Rakyat.

19/10/2016

Nazri Aziz Kata Dr. Mahathir Bodoh ?

1) Menteri veteran nama Nazri Aziz kata ada baik Perdana Menteri ke 4 Malaysia Dr. Mahathir Mohamad jangan cakap banyak supaya tidak nampak bodoh.

2) Nazri merujuk kepada kenyataan Dr. Mahathir yang mengatakan Bajet 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak pada 21 Oktober nanti sebagai sesuatu yang tidak bererti kerana hakikatnya Kerajaan sudah tidak ada duit.

3) Nazri pernah kata orang yang tidak faham undang-undang jangan cuba bercakap pasal perundangan. Baiklah, setahu kita, Nazri ini "backgroundnya" adalah undang-undang. 

4) Jadi, baik Nazri DIAM sahaja jangan ulas apa-apa pasal Bajet mahupun komentar Dr. Mahathir pasal keadaan ekonomi negara ! Nazri bukan ada ijazah kewangan, pentadbiran perniagaan ataupun ekonomi. Takut nanti orang akan kata Nazri itu BODOH.

5) Ahli Parlimen Padang Rengas, Perak itu memang terkenal dengan mulut celuparnya. Sedikit masa dahulu pernah juga dia buat kenyataan ajak Dr. Mahathir lawan bertumbuk. Nazri cabar Dr. Mahathir bertumbuk dengan beliau daripasa asyik cuba menyerang Mohd. Najib berkaitan skandal 1MDB.

Minyak Masak Naik Harga ?

1) Saya mahu tulis sebagai rakyat biasa yang bukan ada ilmu pengurusan kewangan korporat ataupun ekonomi.

2) Buka berita di TV dan tengok apa Perdana Menteri juga Menteri-Menteri kata; Ekonomi Malaysia bagus, perdagangan aktif, negara bukan dalam keadaan krisis, 1MDB tidak beri kesan, rakyat semakin tinggi pendapatannya dan Malaysia semakin maju di bawah Perdana Menteri ke 6.

3) Tiba-tiba menjelang pembentangan Bajet 2017, ada pembesar beri amaran (atau "hint" ?) yang semua kementerian perlu bersedia "ikat pinggang."

4) Ada juga khabaran yang mengatakan minyak masak (minyak sawit) akan alami kenaikan harga sekitar 15-20 % tidak lama lagi kerana subsidinya akan ditarik. 

5) Dua berita ini tidak susah untuk yang tidak berapa pandai pengurusan kewangan dan ekonomi untuk menjawab soalan: a) Adakah anda rasa negara ini semakin maju dan makmur ? b) Adakah anda rasa segalanya dalam keadaan bagus sekarang ?

17/10/2016

1MDB: Speaker Pandikar Kata Tidak Boleh Tanya !

1) Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia tidak mengizinkan sebarang soalan berkaitan dengan tuduhan penyelewengan berBilion Ringgit melibatkan duit 1MDB ditanyakan di Parlimen.
2) "Ia adalah satu perkara yang masih dibincangkan di mahkamah...justeru, ia adalah subjudis...menteri tidak perlu menjawab soalan-soalan itu," Itulah ayat yang disebutkan Pandikar di Dewan Rakyat (17/10/2016).
3) Kepelikan ini berlaku kerana TIBA-TIBA situasi 'masih dibincangkan di mahkamah' diambil kira Speaker. Menteri 'jaga' Parlimen Azalina Othman Said juga sebelum itu mengatakan bahawa sebarang soalan berkaitan 1MDB tidak akan dilayan kerana akan membawa kepada 'SUBJUDIS.'
4) Seingat kita, seluruh pentadbiran Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak telah sepakat mengatakan bahawa saman sivil 'Department of Justice (DoJ)' Amerika Syarikat berkaitan dengan penggunaan secara haram dana dipercayai daripada 1MDB untuk pelbagai aktiviti sebelum ini adalah tidak berkaitan dengan Perdana Menteri dan bukannya bersifat jenayah. Ramai juga pembesar UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berani kata itu semua adalah 'campur tangan asing' berniat jahat terhadap Malaysia. Ada juga Ketua Menteri yang kata 'Amerika mahu bunuh Melayu !'
5) Jadi sejak bila pula Speaker Parlimen mahupun Azalina ataupun Kabinet Malaysia MENGIKTIRAF 'mahkamah' tersebut ? Jadi sekarang, banyaklah pembesar UMNO - BN yang telah buat kesalahan kerana mengatakan saman sivil DoJ itu sebagai sesuatu yang tidak penting dan tidak perlu dilayan sangat !

14/10/2016

Mahathir, Anwar atau Najib: Siapa Ancaman Sebenar Untuk Malaysia ?

1) Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak kata ada dua individu jadi ancaman kepada Malaysia. Dia kata seorang adalah 'Ketua Pembangkang' dan seorang lagi 'pemimpin lama.'
2) Selaku pemimpin yang melabel diri sendiri sebagai Pahlawan Bugis adalah sesuatu yang pelik kenapa Mohd. Najib tidak berterus terang sahaja bahawa dua pemimpin yang beliau maksudkan itu ialah Perdana Menteri ke 4 Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri untuk tempoh 1993 - 1998, Anwar Ibrahim.
3) Mohd. Najib mahu rakyat berhati-hati dengan dua individu tersebut yang boleh mengancam perpaduan negara. Dia memberitahu satu Malaysia bahawa dua manusia itu cuba untuk menggugat keharmonian kaum di Malaysia ini.
4) Mohd. Najib nampaknya begitu TAKUT dan TERANCAM dengan salam perdamaian yang menamatkan sengketa 18 tahun di antara Dr. Mahathir dan Anwar. Mohd. Najib dan REJIMNYA seperti dalam keadaan cuba kelihatan berani tetapi hakikatnya sedang gundah juga gelana memikirkan impak kepada muafakat Mahathir - Anwar, dua pemimpin paling berpengaruh dalam sejarah politik bermula dekad 1980an sehinggalah kini. Mohd. Najib sedar dia sendiri tidaklah mempunyai aura sekuat salah seorang daripada individu tersebut. Kalau digabung, apalah saja yang ada pada diri Mohd. Najib dalam berdepan Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.
5) Pastinya soalan 'Siapa ancaman sebenar kepada Malaysia sekarang' boleh dijawab dengan mudah oleh majoriti rakyat Malaysia.

13/10/2016

FENDI Boleh Berkawan Dengan Cina DAP ?

1) Ada yang bertanya, bolehkah saya berkawan dan sekaligus bekerjasama dengan Cina DAP ? Bagi saya, orang yang bertanya soalan ini sebenarnya tidak kenal siapa Fendi Ahmad ini.
2) Era akhir 1990an, saya bersekolah di Sekolah Tinggi Segamat, Johor dan komposisi kelas saya ialah 50% Melayu, 50% lagi gabungan kawan-kawan Cina dan India. Kawan-kawan Cina dan India ini juga sepakat 'menaikkan' saya sebagai Ketua Darjah mereka bertahun-tahun. Buat undi macam manapon, si Fendi ini jugalah yang mereka pilih.
3) Belajar peringkat Ijazah pula di Multimedia University (MMU) selama 4 tahun. 75% kawan-kawan sekelas adalah sahabat berbangsa Cina. Ada program besar yang kami namakan 'Investment Rendezvous,' saya juga dipilih mereka sebagai 'Tuan Direktor.' Buat undian suka-suka menjelang tamat belajar untuk diberikan 'award,' mereka undi saya sebagai 'Leader of the Class' sepanjang zaman kami sama-sama belajar bersama di Universiti. Apabila kami bersahabat dengan ikhlas, kami jadi BUTA bangsa, buta agama TETAPI kami faham sensitiviti setiap bangsa juga agama.
4) Bekerja pula sebagai pendidik di bidang 'Banking & Finance,' kadang-kadang 100% anak murid saya adalah kaum Cina yang bahasa ibunda mereka 99.99% saya tidak faham. 12 tahun saya jadi Cikgu kepada majoriti anak murid Cina, 12 tahun juga saya tidak pernah gagal menerima 'penilaian mengajar' tahap cemerlang daripada mereka sehingga Cikgu Melayu ini dapat anugerah 'Excellent Teaching Award' dari MMU pada tahun 2014.
5) Saya yakin bahawa Malaysia perlukan orang seperti saya yang cukup memahami hati budi orang Cina, tahu cara membuatkan Melayu - Cina boleh berbaik-baik sehati sejiwa sebagai anak Malaysia dan berkebolehan membuatkan Melayu - Cina saling berbaik sangka serta mesra selalu.
Maka soalan di atas boleh dijawab dengan mudah ...

Berapa Lama Lagi Di MMU ?

1) 12 tahun lepas saya terima ijazah daripada Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Canselor MMU ketika itu.
2) Ayat yang saya sebut kepada dia ialah, 'I love you so much Tun.' Saya tidak sempat ucap terima kasih kerana saya sedar detik di atas pentas Konvo itu hanya beberapa saat. Memang itulah ayat yang saya rancang untuk cakap pada Tun Siti.
3) Orang lain ucap terima kasih kepada Tun Siti tapi saya sebaliknya. Dia yang membalas dengan terima kasih. Segar lagi dalam memori saya akan respon Tun Siti kepada saya: "Ye ker, terima kasih banyak." Senyuman manis dia cukup bermakna bagi saya ketika itu. Jadi di waktu menerima ijazah, saya yang terima ucapan terima kasih daripada Canselor. Kelakar juga apabila saya ingatkan kembali.
4) Sebaik sahaja majlis Konvo, saya bekerja seketika dengan Telekom Malaysia (2 bulan !) dan seterusnya kembali ke MMU untuk menjadi Cikgu.
5) 18 Oktober ini tepatlah 12 tahun saya bekerja di MMU. Campur zaman belajar maka ianya menjadi 16 tahun. Berapa lama lagi saya di MMU ?

Menteri BN, Timbalan Menteri BN dan YB-YB BN !

1) Saya macam pernah dengar ada Perdana Menteri sewaktu mula-mula pegang kuasa 'terpekik dan terlolong' menyebut RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
2) Macam sudah lama slogan hebat itu tidak dibesar-besarkan lagi. Mana pergi ? Sudah tertanam dalam kubor seperti slogan CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG jugakah ?
3) Saya kira walaupun sekarang sudah tahun 2016, majoriti rakyat Malaysia berusia 20 tahun ke atas lebih ingat, lebih faham dan lebih 'percaya' kepada slogan MALAYSIA BOLEH dan WAWASAN 2020 yang cukup popular sekitar 1990an dan dipermulaan abad ke 21.
4) Maklumat sahih mengatakan 21000 'budak-budak' di Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia sudah tidak dapat elaun wang saku sejak bulan Julai. Setelah benda ini menjadi kontroversi barulah Kementerian Pendidikan mengeluarkan kenyataan dan 'berjanji' untuk menyalurkannya selewatnya 18 Oktober ini.
5) 'Budak-budak' itu bukan semuanya anak orang berada. Majoriti adalah daripada keluarga berpendapatan sederhana dan ramai juga yang datang dari kampung-kampung, anak pekebun kecil, nelayan kecil dan peneroka. Mana pergi janji RAKYAT DIDAHULUKAN sehingga ada laporan mengatakan pelajar Matrikulasi Labuan terpaksa menerima ehsan pasukan sukarelawan yang menyediakan mereka makanan kerana sudah 3 bulan tiada elaun ! Kerajaan sudah jadikan 'budak-budak' ini seperti warga HOMELESS di Chow Kit ?
Senang kata - GOMEN SUDAH MULA KEKERINGAN TUNAI tetapi tiada pengakuan ikhlas dan masih mahu beritahu satu negara ekonomi adalah cemerlang dan terbilang !

11/10/2016

SPR: Cina Untuk Cina, Melayu Untuk Melayu ?

1) Ada cadangan persempadanan semula kawasan mengundi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Apa yang kelihatan secara kasar ialah seperti ada usaha untuk mengumpulkan Melayu di satu tempat dan Cina di satu tempat. Sehatkah keadaan ini?

2) Satu contoh di Melaka melibatkan DUN Bachang dan DUN Bukit Baru. DUN Bachang dimenangi DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013, manakala DUN Bukit Baru pula jatuh ke tangan PAS walaupun ianya adalah kerusi yang pernah dipegang oleh Ketua Menteri Melaka sebelum PRU itu.

3) Daerah Mengundi Taman Merdeka dan Daerah Mengundi Batu Berendam yang sebelum ini di bawah DUN Ayer Keroh telah dicadang dipindahkan ke DUN Bachang. 

4) Daerah Mengundi Bukit Piatu dan Daerah Mengundi Bukit Palah yang sebelum ini di bawah DUN Bachang pula telah dicadang dipindahkan ke Dun Bukit Baru.

5) Ini belum lagi difikirkan keadaan yang lebih "serius" seperti Daerah Mengundi Peringgit yang kini di bawah DUN Bachang, Parlimen Bukit Katil dicadang dimasukkan ke dalam DUN Pengkalan Rama (kini dikenali sebagai Duyong), Parlimen Kota Melaka.

RM15.2 Billion Duit 1MDB "Berpusing-Pusing" Secara Haram

1) Hari ini Singapura menutup cawangan Falcon Bank yang berasal dari Switzerland kerana terlibat dengan penggubahan wang haram berkaitan 1MDB di antara 2012-2015.

2) Hari ini juga pihak berkuasa kewangan Switzerland mengeluarkan kenyataan bahawa duit 1MDB berjumlah USD3.8 billion (RM15.2 Billion) telah disalur melalui Falcon Bank.

3) Jumlah itu termasuk   duit USD681 juta yang mengalir masuk ke akaun AMBANK Najib Razak dan kemudiannya USD 620 juta disalur semula ke Falcon Bank Singapura. Inilah duit yang terkenal dengan sebutan RM2.6 billion yang didakwa rejim Najib sebagai "derma Arab."

4) Pihak berkuasa kewangan Switzerland turut mengatakan Falcon Bank ada hubungan dengan ahli perniagaan muda Malaysia yang ada kaitan dengan seorang yang berkuasa. Budak muda ini telah menerima ke akauannya melalui Falcon Bank duit sebanyak USD1.2 billion !

5) Pihak berkuasa Switzerland turut mengarahkan Falcon Private Bank Limited (Switzerland) menyerahkan RM10.55 juta keuntungan yang didapatinya daripada menjalankan transaksi haram berkaitan 1MDB.