22/07/2016

NAJIB WAJIB DISALAHKAN !

1) Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (21 Julai, 2016) mengatakan 1MDB dengan jelas telah digunakan oleh 'pegawai - pegawai rasmi' yang KORUP seolah 'akaun peribadi' mereka.

2) Peguam Negara Amerika Syarikat dengan tegas mengatakan negara itu tidak akan sesekali membenarkan ianya dijadikan pusat aktiviti PENGGUBAHAN WANG HARAM.

3) Pihak Amerika Syarikat mendapati ada aset bernilai lebih USD1 Billion iaitu kira-kira RM4 Billion telah terhasil daripada penggubahan (penukaran) wang haram yang berasal daripada dana 1MDB.

4) Duit yang DIROMPAK daripada 1MDB itu didapati telah digunakan untuk pembelian rumah-rumah mewah, jet, bahan-bahan seni eksklusif dan juga untuk membayar hutang PERJUDIAN. Bukti juga wujud mengaitkan duit 1MDB digunakan untuk menaja filem Wolf of Wall Street yang antara 'kepalanya' ialah Reza Aziz, anak tiri kepada Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak.

5) Jumlah sebanyak USD3.5 Billion (RM14 Billion) dana 1MDB didapati telah disalahguna oleh 'pegawai-pegawai' peringkat tertinggi Malaysia dan para pembantunya di antara tahun 2009 sehinggalah 2015.

16/07/2016

Khairy Jamaluddin Mulut Bercabang ?

1) Tempohari bila Tun Dr. Mahathir gerakkan Deklarasi Rakyat untuk tuntut pengunduran Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak dikata yang Perdana Menteri ke 4 Malaysia itu sebagai berpakat dengan DAP dan PKR. Senang kata, kenapa beliau perlu bergantung pada parti pembangkang. Geraklah sendirian.

2) Media "Najib" seperti TV3 dan Utusan Malaysia jaja ianya sebagai "Deklarasi Mahathir - Kit Siang" walhal jika dilihat secara adil, Deklarasi itu langsung tidak direka oleh DAP dan ianya tidak dibuat atas nama parti politik sebaliknya atas nama individu-individu yang peka kepada "kegilaan" dan bermacam masalah yang dibuat Perdana Menteri selalu Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang semua urusan kewangan dan pelaburan WAJIB mendapat kelulusan Mohd. Najib.

3) Kini apabila Dr. Mahathir umum akan tertubuhnya sebuah parti baru bagi melawan UMNO - Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO berkata yang Dr. Mahathir sebenarnya tiada keyakinan ke atas DAP, PKR dan Amanah. Katanya, kerana tidak percaya pada parti-parti itu maka Dr. Mahathir perlu buka parti lain.

4) KJ selaku Ketua Pemuda UMNO - BN dan Menteri Belia dan Sukan sebenarnya tidaklah sehebat mana. Yang hebat hanyalah paparan imej urban "trendy" beliau dan program bermusim "Fit Malaysia" yang entah apa hasilnya. Kita tidak nampak apa program belia terkini yang signifikan kepada negara. Prestasi sukan? Malas mahu ulas ! 

5) Kalau tidak takut kepada "orang tua" 91 tahun itu maka tidak perlulah KJ dan segala hulubalang Mohd. Najib yang lain seperti Ahmad Zahid Hamidi, Rahman Dahlan, Salleh Keruak dan Puad Zarkashi terlalu banyak memberi komen entah apa-apa. Baik kamu semua buat kerja Kerajaan yang  dibayar gaji untuk mentadbir dan menjaga negara ini.

Parti Baru Dr. Mahathir: Hadiah Hari Jadi Encik ke 67

1) Hari ini (Jumaat, 15 Julai 2016) Encik (ayah) saya usianya tepat 67 tahun. Syukur pada Tuhan, Encik saya sehat sejahtera dan hidupnya tenang selalu. 

2) Jam 6.30 petang saya sampai di Segamat. Encik Ahmad bin Md. Yusoff bin Batau bin Habib baru selesai mandi. Tersenyum puas dia lihat anak bongsunya selamat sampai dari MMU, Melaka.

3) Tajuk utama "borak-borak" kami ialah tentang parti baru yang akan wujud bagi menentang UMNO - Barisan Nasional (BN) yang telah jadi "parti Najib." Emak saya sudah rasmi tidak akan pangkah BN, malah rela undi parti apa saja asalkan bukan "parti Najib." Undi rosak hanya akan untungkan BN.

4) Sebelum ini Encik telah isytihar mahu buat undi rosak pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 yang dijangka berlangsung selewatnya pada pertengahan tahun 2018. Dia adalah pengundi setia BN sejak kenal erti mengundi. Tapi tindak-tanduk "pelik" Perdana Menteri telah buat dia rasa meluat dan geram.

5) Dengan adanya parti baru ini maka ianya jadi mudah bagi Encik. Dia pasti akan undi parti itu ataupun mana-mana parti kawan yang bersatu dengannya. Contohnya, selama
ini Encik adalah penyokong setia UMNO dan BN letakkan calon MIC di Parlimen Segamat, maka Encik (kami sekeluarga juga !) pangkah BN kerana MIC adalah kawan UMNO. Selepas ini, minta maaf.

PARTI BARU DR. MAHATHIR, GABUNGAN PAKATAN HARAPAN: Ambillah Saya

1) Kepada parti baru yang akan wujud dengan nasihat Bapa Pemodenan Malaysia Dr. Mahathir Mohamad: Ambillah saya.

2) Saya ini budak Kampung Alai, Segamat, Johor. Dibesarkan dalam suasana Kampung Melayu sepenuhnya. Saya bukan anak ahli perniagaan, bukan anak ahli politk dan bukan daripada keluarga  yang ada 'nama.'

3) Saya bersekolah hingga tamat SPM di Sekolah Tinggi Segamat dengan bercampur mesra dengan rakan-rakan Cina dan India. Setiap hari saya turun naik bas bersama Velan Manokaran, sahabat baik saya. Selalu juga waktu petang Velan datang rumah saya untuk belajar sama-sama. Di sekolah saya anda kawan namanya Andrew Tey. Dia ini nakal. Selalu bergaduh mulut dengan dia tapi kami 'main-main' saja. Di pihak Melayu saya ada kawan nama Mohd Hezery Bin Hussin dan Rashidi Ibrahim yang kuat identiti Melayunya tapi mesra dan tidak janggal langsung dengan kawan-kawan Cina dan India. Mereka semuanya percaya pada saya sampai saya jadi 'ketua darjah' selama 4 tahun. 

4) Masa saya sekolah, saya sempatlah jadi Pendebat Ala Parlimen terbaik bagi daerah Segamat. Setakat jadi di antara Pendebat terbaik negeri Johor itu mampulah juga. Bagi Pertandingan Forum Remaja, saya dan rakan-rakan baik iaitu MaLady ZoKa dan Iedan Ibn Jalil jadi juara Segamat, Johor dan kami masuk peringkat Kebangsaan. Zaman itu walau saya budak sekolah harian biasa yang tidak pernah isi borang mahu masuk SBP atau MRSM tapi mampulah tewaskan 'budak-budak' Sekolah Tun Fatimah, Sains Johor dan apa juga MRSM serata Johor dan sekolah-sekolah yang ada nama 'sains.'

5) Pengalaman kerja saya bolehlah tahap biasa-biasa cari rezeki untuk cari makan. Tahun ini tepatlah 12 tahun saya jadi Cikgu di MMU. 95% anak murid saya ialah berbangsa Cina. Kadang-kadang dalam kelas saya semua Cina. Pernah juga dahulu saya ajar satu kelas yang langsung tiada budak Malaysia, semua Arab, Afrika dan Indonesia. Walaupun saya Cikgu Melayu tapi saya yakin anak murid Cina saya cukup sayang pada saya. Jumlah anak murid saya sejak 2004 rasanya sudah beribu orang, mereka ini akan jadi 'penyokong' Sir Fendi yang sejati.

Oleh itu, parti baru ini tidak rugi ambil saya sebab saya rela berceramah dan kempen untuknya tanpa mendapat bayaran !