05/01/2016

Perdana Menteri Mohd. Najib "JUAL" Malaysia ?

Masa Perdana Menteri bernama Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, dia sungguh kuat patriotiknya. Dia tidak mahu orang asing memiliki aset penting negara. Sebaliknya dia mahu kita yang memiliki aset orang asing. Buktinya, Proton di zaman beliau boleh jadi pemilik kepada syarikat kereta Lotus di Britain (1990an).

2) Awal 1980an apabila kerajaan Britain naikkan yuran pengajian pelajar asing, seorang Perdana Menteri dari negara 'kerdil' bernama Malaysia umumkan polisi 'Buy British Last.' Perdana Menteri itu tunjukkan Malaysia bahawa kita jangan terlalu taksub dengan 'Mat Salleh.' Dia usulkan polisi 'Dasar Pandang Ke Timur.' Kita patut lihat Jepun dan Korea Selatan, maju cara Asia ! Orang Barat sudah mula malas dan tidak berbudaya katanya ketika itu. Contohi Jepun, rajin, berbudaya dan berdisiplin tinggi !

3) Perdana Menteri yang berani 'melawan' Amerika Syarikat, Britain dan Australia itu juga tidak mahu syarikat 'Mat Salleh' British seperti Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope daripada terus menguasai tanah-tanah di Malaysia yang merdeka. Tahun 1981, Dr. Mahathir lancarkan Serangan Suboh (Dawn Raid) yang menggegarkan pasaran saham Britain. Akibatnya, Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope (kini semuanya bersatu di bawah Sime Darby Berhad) 'dimerdekakan' daripada terus dimiliki Britain walaupun negara sudah berpuluh tahun merdeka ketika itu (1981).

4) Selepas lebih 30 tahun Dr. Mahathir dengan caranya 'memerdekakan' tanah-tanah di Malaysia daripada dimiliki negara maju Britain, Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak pula kerjanya 'menjual' tanah dan aset negara kepada orang asing, syarikat negara China hanya kerana kononnya proses RASIONALISASI 1MDB yang sarat hutang sebanyak RM48 Billion dengan modal berbayar sekadar RM1 juta.

5) 1MDB telah JUAL 60 peratus saham projek Bandar Malaysia atas tapak pangkalan TUDM di Sungai Besi, Kuala Lumpur dengan harga RM7.41 bilion kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC). Sebelum itu, Edra Global Energy Bhd, anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah MENJUAL 100% asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion. CREC dan CGN Group adalah syarikat daripada negara China.

03/01/2016

Ayah #Kipidap #Dongibab Dapat 'Datuk Paduka' Daripada 'Sultan Melaka'

1) 'Raja Repot' Abdul Rani Kulup Abdullah menerima anugerah 'Datuk Paduka Mahkota Melaka' daripada 'sultan Melaka' Raja Noor Jan Shah Tuah.

2) Anugerah itu diterimanya dalam satu majlis "sambutan hari keputeraan Sultan Melaka Darul Islam ke-58."


3) Jadi sekarang bolehlah kita panggil beliau dengan gelaran 'Datuk Paduka' Abdul Rani. Mungkin ada yang mahu panggil beliau sebagai 'Datuk Paduka' #kipidap #dongibab.

4) Ketua Menteri Melaka Idris Haron membuat kenyataan yang orang seperti Raja Noor Jan adalah orang gila atau hidup dalam alamnya sendiri.

5) Abdul Rani memberi respon terus kepada kenyataan Ketua Menteri Melaka itu:

" Bukan main tuduh sesuka hati. Kenyataan seperti itu melambangkan orang itu tiada kredibiliti. Ia boleh mengecewakan orang lain, seperti pemimpin kita yang buat kenyataan bodoh. "

"Ayam mahal (suruh) jangan makan ayam, yang mahu bayar tol bangun pagi-pagi pergi kerja guna jalan alternatif. Apa punya bangang orang macam itu, mengecewakan rakyat,"

Saya Darjah 1 Melor

1) Hari ini negeri Johor mula "naik sekolah." 

2) Saya juga adalah generasi anak Johor yang mula sekolah hari Ahad. Sempat merasa sekolah hari Ahad dan sempat juga merasa cuti sekolah ditukat kepada hari Sabtu dan Ahad.

3) Saya Darjah 1 di Sekolah Temenggung Abdul Rahman, Segamat, Johor. Kelas saya namanya 1 Melor dan Cikgu Saripah Menah adalah guru kelas. Walau sudah lebih 25 tahun, saya masih mampu ingat nama cikgu kelas yang pertama.

4) Encik (ayah) hantar saya dengan menaiki motor Vespa. Saya pelok Encik kuat-kuat. Tiba di sekolah, Encik pimpin tangan saya sampailah masuk kelas. Badan saya sejuk sepenuhnya. Bukan sebab sakit tapi kerana saya berada dalam keadaan TAKUT yang melampau ! Saya tidak mahu sekolah, saya malu, saya segan, saya rasa ini benda yang gila dan saya tidak faham kenapa kita perlu pergi sekolah !

5) Setiap kali musim "naik sekolah" ianya akan membuatkan saya rasa bersyukur yang amat tinggi kepada Tuhan. Detik naik Vespa hari pertama bersekolah itu selamanya akan saya ingati. Telah 100% Tuhan "ubah" diri saya. Terlalu banyak nikmat Tuhan kepada saya. Syukur Ya Tuhan !

02/01/2016

Gunalah Barang '2nd Hand' Bersama Perdana Menteri Mohd. Najib Razak​

1) Merujuk kepada New Straits Times (NST) edisi 1 Januari, 2015 ada cerita tentang ucapan Tahun Baru daripada Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak.

2) Najib memberi idea kepada kita semua rakyat Malaysia supaya bermulalah untuk belajar menggunakan barang-barang '2nd hand' dalam berdepan situasi yang semakin mencabar.


3) Mungkin ini adalah satu nasihat ikhlas daripada seorang bertaraf Perdana Menteri kepada rakyatnya dalam berdepan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kejatuhan nilai Ringgit, merudumnya harga minyak dunia dan penarikan sedikit demi sedikit pelbagai subsidi.

4) Penasihat Mohd. Najib nampaknya sudah semakin hilang daya dan upaya untuk memberikan solusi lebih berkualiti 'bunyi dan kesannya' kepada rakyat.

5) Timbalan Menteri Ahmad Maslan '3.85' baru berkata sudah tiba masanya rakyat untuk memiliki dua pekerjaan. Dulu bekas Menteri Malek Hassan pernah kata jangan makan ayam kalau harga ayam mahal. Macam-macam !