1) Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun dengan cukup berlagak mengatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah MUSUH UTAMA orang Melayu.
2) Senator yang tidak dikenali rakyat kebanyakan itu berkata begitu kerana Tun Mahathir mahu memusnahkan UMNO.
3) Khairul Azwan menuduh Bapa Pemodenan Malaysia itu ingin merosakkan perjuangan Umno dengan memfitnah Presiden UMNO Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak sehingga ada yang percaya kepada pembohongan itu.
4) Mentaliti Khairul Azwan ini sebenarnya cuba membodohkan perwakilan yang hadir ke mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Baru (Jumaat, 18 Ogos 2017) yang dirasmikannya. Atau mungkin, khalayak itu sajalah yang "layak" untuk mendengar ucapan orang seperti beliau itu.
5) Adakah melawan dan tidak bersetuju dengan UMNO yang dipimpin Najib boleh disamakan dengan mahu memusnahkan Melayu ? Mengkritik UMNO dan meragui kepimpinan UMNO bererti anda sudah menjadi musuh Melayu ? Laksamana Hang Tuah ada berkata TIDAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA dan bukannya tidak akan UMNO hilang di dunia.
No comments:
Post a Comment