1) Tun Dr. Mahathir Mohamad umum keluar UMNO buat kali ke dua (29 Februari 2016). Tahun 1969 dia pernah dipecat dan tahun 2008 pula keluar buat kali pertama selepas tidak bersetuju dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau berjanji masuk semula hanya jika Pak Lah berundur.
2) Kali ini, Tun M turut berkata bahawa dia tidak akan kembali jika Dato' Seri Mohd. Najib Abdul Razak masih kekal sebagai Perdana Menteri.
3) Najib pernah kata lebih 3 JUTA ahli UMNO menyokongnya. Dia yakin yang dia masih diperlu dan disokong majoriti rakyat. Atau mungkin dia sekadar BERLAKON 'semuanya OK' sedangkan jiwanya sudah lama RESAH GELISAH, makan tiada selera, tidor asyik bermimpi burok !
4) Saya tidak pernah masuk UMNO secara rasmi. Dua kali saya mencuba mendaftar secara 'online' selepas 'sistem' dirasmikan Pak Lah dan seterusnya Najib sewaktu masing-masing baru jadi Presiden tetapi SENYAP sahaja. Mungkin UMNO takut menerima SAYA secara rasmi !
5) Walaubagaimanapun, semua orang tahu saya adalah penyokong tegar UMNO-BARISAN NASIONAL sejak kecil. Saya sanggup pertahankan UMNO, saya sanggup berkorban masa dan duit demi UMNO. Saya amat yakin bahawa keyakinan, sayang dan ilmu saya tentang UMNO jauh lebih daripada kebanyakan orang UMNO yang banyak baju merah putih yang sentiasa suka berhimpun membuat bising dan bergembira sewaktu perhimpunan UMNO. Bagi saya, jadi ahli tidak penting, yang penting ialah sokongan yang membawa KEKUATAN dan sokongan yang penuh dengan semangat jati demi agama, bangsa dan negara tercinta ! Sokong membawa rebah hanya menempah KUBUR buat UMNO !
No comments:
Post a Comment