1) Malaysia perlu bergerak ke jalan yang baru demi kebaikan rakyat dan negara pada masa hadapan. Bergeraklah jauh daripada sekadar memikir bahawa Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak perlu dijatuhkan dan Anwar Ibrahim adalah calon terbaik Pakatan Harapan untuk jawatan itu selagi dunia belum kiamat.
2) Penyatuan politik demi negara bukan benda baru. Negarawan Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri ke dua Malaysia pada tahun 1974 membubarkan Parti Perikatan dan digantikan dengan Barisan Nasional dengan secara hati terbuka sanggup berkongsi kuasa dengan pembangkang yang cukup kuat ketika itu iaitu GERAKAN dan PAS.
3) Anwar sewaktu jadi Timbalan Perdana Menteri tidak pernah berani "membetul" atau "menegur" Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad jika ada salah atau silap. Dia hanya jadi "hero" bising sana dan sini, mengajak rakyat turun ke jalanan "bereformasi" hanya selepas dia "dipecat" daripada jawatan kerana tuduhan perlakuan seks sumbang. Dia menyerang Dr. Mahathir lebih kepada dendam peribadi tetapi gagal menunjukkan apa salah laku nyata Bapa Pemodenan Malaysia itu secara objektif.
4) Muhyiddin Yassin "dipecat" Mohd Najib kerana dia cuba menasihat dan membetulkan keadaan di kala malapetaka 1MDB, "sedekah" 2.6 Billion dan mengalirnya duit RM42 Juta ke dalam akaun peribadi Najib telah menyebabkan imej negara jatuh, sentimen pelabur asing menjadi negatif dan Ringgit bertambah teruk nilainya.
5) Bersatulah dan tinggalkan dahulu kepentingan politik. Baik orang-orang bersih lagi berani dalam UMNO, baik bijak pandai di dalam PKR, DAP dan Amanah, baik anak-anak negara yang jujur di dalam parti-parti komponen Barisan yang lain dan baik orang-orang yang sayangkan agama di dalam PAS: Bersatulah dan berfikirlah demi Malaysia. Gandingan Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Azmin Ali, Rafizi Ramli, Tony Pua, Antony Loke, Sallahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man mungkin dapat menghasilkan Malaysia yang jauh maju, jauh bersih dan jauh hebat !
"Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama"
No comments:
Post a Comment