07/03/2016

DEKLARASI RAKYAT: Kita Menang Sama-Sama, Kita Kalah Sama-Sama Demi Malaysia Tercinta

DEKLARASI RAKYAT

1) Deklarasi Rakyat menuntut pengunduran Mohd Najib Abdul Razak daripada jawatan Perdana Menteri. Deklarasi ini tidak merujuk kepada parti, pegangan politik mahupun bangsa dan agama. Ianya hanya satu, MENYELAMATKAN MALAYSIA sebelum berterusan ditimpa masalah !

2) Deklarasi Rakyat juga menuntut reformasi di dalam institusi yang telah tercemar dan disalahguna.

3) Meminta Perdana Menteri berundur tidaklah sama dengan cubaan untuk menjatuhkan Kerajaan yang telah dipilih secara sah disisi undang-undang negara.

4) Najib sendiri sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri hanya SENYAP SEPI apabila Negarawan Dr. Mahathir Mohamad dengan sokongan Muhyiddin Yassin dan Rafidah Aziz menggesa Abdullah Ahmad Badawi berhenti daripada memegang jawatan Perdana Menteri. Kenapa Najib tidak cuba mempertahankan Abdullah dengan mengatakan bahawa gerakan menggesa Pak Lah berundur adalah satu cubaan menjatuhkan Kerajaan dan semua perlu tunggu sehingga Pilihan Raya Umum dahulu ?

5) Kerajaan hanya boleh ditukar semasa Pilihan Raya Umum TETAPI semua Perdana Menteri Malaysia selepas Tunku Abdul Rahman dilantik memegang jawatan bukan selepas Pilihan Raya Umum tetapi kerana adanya perletakan jawatan oleh Perdana Menteri sebelumnya sama ada kerana mahu bersara (Hussein Onn dan Dr. Mahathir), ditekan supaya berundur (Tunku, Abdullah) atau meninggal dunia (Abdul Razak Hussein). Demokrasi membenarkannya.

No comments:

Post a Comment