1) Encik (ayah) selalu kata anak ke dua dia ini memang keras hatinya, degil.
2) Encik kata saya ini nampak lembik, nampak tidak keras tapi hati saya keras. Saya akui yang saya tidak takut untuk bersuara dan berani untuk membuat keputusan walau apa risiko kerana saya sedar orang yang tidak berani tidak akan disedari kewujudannya.
3) Encik sedia maklum bahawa anak bongsu dia ini memang susah untuk diubah pemikirannya. Memang degil memang keras hati dalam buat keputusan.
4) Saya rasa Encik tidak silap kerana sebagai ayah memang dialah manusia yang cukup layak untuk menilai saya.
5) Tapi saya sedar Encik juga maklum bahawa si Fendi dia ini keras hatinya bertempat. Terima kasih Encik sebab jadikan saya seperti apa yang saya jadi pada hari ini.
No comments:
Post a Comment