11/07/2017

KJ

" KJ: Saya memang sejak dahulu lagi tidak berkenan dengan si hitam manis seorang ini. Pandangan peribadi saya, dia adalah oportunis dan rakus pergerakan politiknya. Walaubagaimanapun, kelajuan rakus beliau seakan semput pada tahun 2009. Nyawa besar beliau peroleh selepas PRU 13. Kini, sedikit kebijakan yang ada padanya seakan sudah terbenam jauh di lapisan bumi ke tujuh. Beliau memang hebat berlakon dan pandai mempotretkan dirinya sebagai selebriti dan bintang. Malangnya, beliau mungkin kelihatan glamor tetapi roh seorang pemimpin beraura sememangnya tiada. Jadilah seperti orang jalanan kata - syok sendiri dan bermimpi dalam mimpi. "


Fendi Ahmad 

11 Julai 2017

Wawasan 2020



1) Malam tadi (10 Julai 2017) sewaktu memandu entah macam mana saya 'terbuka' radio Klasik FM. Ia adalah satu stesen radio di bawah RTM.

2) Airmata tanpa dipaksa mengalir apabila terdengar lagu yang amat keramat di jiwa saya seorang budak kampung kelahiran 1980an ini.

3) Lagu inilah yang saya dan rakan-rakan di Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat, Johor selalu nyanyikan beramai-ramai dahulu di era 1990an.

4) Wawasan 2020 adalah idea terhebat Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad yang diilhamkan pada awal 1990an. Semangat Wawasan 2020 cukup pantas meresapi dan menguasai jiwa anak-anak Malaysia, terutamanya yang lahir pada dekad 1970an sehinggalah 1990an. Istilah Wawasan 2020 dikuatkan lagi dengan kata-kata Malaysia Boleh !

5) Kerana semangat Wawasan 2020 inilah saya bangkit daripada seorang budak Darjah Satu yang pernah terkencing di dalam kelas kerana KETAKUTAN yang amat tatkala menunggu giliran ujian lisan Bahasa Inggeris dan sentiasa dipanggil budak pemalu dan penakut oleh saudara mara kepada saya hari ini yang tidak gentar menyatakan kebenaran betapa Malaysia WAJIB kita bebaskan daripada rejim KLEPTOKRAT: pemerintah yang mencuri, merompak dan menyamun harta rakyat dan negara.MALAYSIA INI KITA PUNYA !

10/07/2017

Selamat Hari Jadi Tun Mahathir

 


1)10 Julai 1925, Mahathir Bin Mohamad dilahirkan.


2) 1981-2003, Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia.


3) Mahathir Bin Mohamad adalah manusia biasa, pasti akan ada kekurangannya di sana dan di sini. Tiada manusia yang lengkap segalanya tetapi cukuplah memiliki seorang pemimpin yang ada visi dan sentiasa yakin dengan kebolehan anak negaranya.


4) Apa jua kelemahan, Mahathir Bin Mohamad berikan kepada Malaysia apa itu Malaysia Boleh, Wawasan 2020 dan Dasar Pandang ke Timur. Malaysia sentiasa mampu dan pastinya boleh; Sukan Komanwel 1998, Formula 1, Menara Petronas, Menara Kuala Lumpur, Projek Everest, Putrajaya, Proton, Jambatan Pulau Pinang dan pelbagai lagi.


5) Tun Dr. Mahathir: Walau apapun rintangan, teruskan perjuangan, jangan gentar, berani kerana benar ! 


Selamat Hari Jadi ke 92 buatmu  , selamanya engkau dikasihi jutaan manusia dan tidak akan dibiarkan dirimu berseorangan dalam apa jua keadaan. Kami sayang Tun !

07/07/2017

Dr. Mahathir + Anwar Ibrahim

" Gabungan Perdana Menteri bernama Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim di antara tahun 1993 sehingga 1998 dianggap sebagai sebuah kerjasama TIDAK AKAN KALAH sehinggalah krisis ekonomi & kewangan 1998 mendatangkan perbezaan pendapat nyata di antara mereka berdua. "


Fendi Ahmad 

7 Julai 2017


“Gandingan Dr Mahathir - Anwar serta seluruh kepimpinan PH dan jenteranya adalah kekuatan yang bakal mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat bagi menyingkirkan sebuah kerajaan kleptokrat yang rakus serta hilang arah.”


Dr Dzulkefly Ahmad 

Pengarah Strategi Amanah 


" Dr Mahathir dan Anwar berjiwa besar kerana sanggup mengenepikan perbezaan dan bersatu untuk melakukan perubahan di Malaysia. Isunya bukan mengenai siapa bakal jadi PM, tetapi Dr Mahathir dan Anwar berganding bahu untuk melakukan perubahan. "


Tian Chua 

Naib Presiden PKR

Ahli Parlimen Batu


“ Perdamaian di antara kedua-dua pemimpin yang sudah melalui permusuhan dan kepahitan selama berdekad ini merupakan satu langkah besar untuk menyatukan dan menguatkan kembali pembangkang. ”


Tony Pua 

Setiausaha Publisiti DAP

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan