1) Penyanyi kesayangan ramai, Dato' Siti Nurhaliza kini bergelar Datuk Seri.
2) Siti dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang yang Amat Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri.
3) Beliau memulakan kerjaya seninya melalui album pertama pada tahun 1996 sewaktu berusia 17 tahun. Melalui album pertama itu, lagu 'berhantu' JERAT PERCINTAAN menggondol Anugerah Juara Lagu 1996.
4) Siti muncul di arena seni suara selepas percubaannya memasuki pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995 membuahkan hasil. Dia menjadi juara melalui lagu Camar Yang Pulang dendangan asal penyanyi Aishah. Ketika itu, Siti masih bergelar pelajar Tingkatan Empat.
5) Dengan pelbagai kejayaan yang dicapai dalam tempoh 22 tahun, seharusnya penganugerahan 'Datuk Seri' kepada wajah kesayangan Malaysia ini tidak akan dipertikaikan. Siti sememangnya layak kerana semua rakyat Malaysia walaupun yang tidak meminatinya tetap kenal siapa itu Siti Nurhaliza, baik Melayu, Cina, India, Iban mahupun Kadazan. TahniahDATUK SERI SITI !
No comments:
Post a Comment