1) Bunga raya ataupun hibiscus rosa diiktiraf secara rasmi sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960.
2) Pemilihan bunga raya dibuat oleh Perdana Menteri pertama merangkap Bapa Kemerdekaan iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.
3) Warna merah menyala si bunga raya melambangkan keteguhan politik serta ekonomi negara. Merah itu juga membawa maksud sifat berani dalam berdepan cabaran. Kepelbagaian warna bunga raya selain merah juga sebagai satu petunjuk kepelbagaian bangsa dan budaya di kalangan rakyat Malaysia.
4) Kelopaknya yang lima mewakili lima prinsip Rukun Negara: Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang & Kesopanan dan Kesusilaan.
5) Moga semangat bunga raya menjadi perlambangan terbaik kepada warga Malaysia sejati. Bunga raya tidak garang, tidak menakutkan dan tidak membawa maksud mencabar. Bunga raya kuat pada semangatnya, manis pada luarannya dan tidak membosankan persekitarannya.
No comments:
Post a Comment