16/09/2016

Perginya Tuan Guru Dr. Haron Din

1) Saya secara peribadi meletakkan Dr. Haron Din sebagai orang PAS yang cukup dihormati lagi dikagumi.

2) Sejak kecil nama Dr. Haron Din cukup besar di pemikiran saya. Beliau mempunyai aura yang hebat, dihormati ramai dan ilmunya cukup istimewa.

3) Walau dahulu saya memang penyokong dan pencinta UMNO yang cukup sebati dengan konsep Malaysia Boleh serta Wawasan 2020 di era Perdana Menteri bernama Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, saya tetap meminati dan menghormati dua tokoh besar PAS iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Dr. Haron Din. Pastilah Tok Guru Nik Aziz berada di posisi pertama dan diikuti Dr. Haron. Tiada yang ke tiga.

4) PAS dalam tempoh kurang dua tahun ini telah "kehilangan" dua permata besar yang diangkat sebagai Mursyidul Amnya. Mursyidul Am di dalam PAS adalah jawatan bukan diundi yang cukup dihormati dan diyakini akan kata-katanya. Translasi Inggerisnya - "spritual leader."

5) Aura Nik Aziz dan Dr. Haron cukup kuat dan ini sesuatu yang meresahkan PAS untuk mencari pengganti yang bukan boleh dibentuk auranya dalam masa singkat. Mungkin sudah tiba masanya Presiden PAS sekarang berundur dan memilih untuk menjadi Mursyidul Am dan menyerahkan pentadbiran politik PAS kepada generasi baru yang lebih "dekat" dengan aspirasi ahli-ahli PAS yang terkini.

No comments:

Post a Comment