13/08/2016

Hishammuddin: UMNO Ada Cara Pastikan Ahli Tidak Sokong BERSATU

1) Naib Presiden UMNO Hishammuddin Hussein yang juga sepupu Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak kata UMNO akan pastikan ahli-ahlinya tidak akan sokong BERSATU.

2) Anak Perdana Menteri Malaysia ke 3 Hussein Onn itu juga memberi amaran bahawa tindakan keras akan dikenakan kepada ahli UMNO yang menyokong BERSATU. Paling keras yang "parti Hisham" ini boleh buat ialah buang parti sahaja. Yang sudah / akan sokong BERSATU pasti akan kata, "ada aku kesah kena pecat UMNO ?"

3) Ucapan perasmian Hisham di perhimpunan tahunan UMNO  Bahagian Batu Gajah, Perak (13 Ogos 2016) itu turut memberikan nasihat "paling bijak" dengan mengatakan segala cabaran yang melanda UMNO hanya akan dapat diatasi dengan semua ahli di segala peringkat memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan parti.

4) Mudah cakap pastilah Hisham menggesa semua ahli UMNO untuk menyokong Presiden mereka secara "sehidup dan semati" dan jangan sesekali mempertikaikan kepimpinnya. Itulah kaedah terbaik yang Hisham fikir akan mampu memguatkan UMNO.

5) Hisham perlu ingat bahawa ahli UMNO adalah sekitar 3 juta orang tetapi jumlah Melayu juga Bumiputera di Malaysia ini mencecah angka 18 juta orang. Yang boleh mengundi sekurangnya ada dalam 8 juta. Ada ramai ahli UMNO sendiri yang tidak ingat sama ada mereka ahli ataupun tidak. Jangan tertipu dengan orang yang sama yang hadir di mesyuarat cawangan dan bahagian itu !

No comments:

Post a Comment