13/08/2016

Amerika Mahu Bunuh Melayu: Betul Ke Ketua Menteri Melaka Cakap Begini ?

1) Ketua Menteri Idris Haron samakan pengumuman saman sivil oleh Peguam Negara Amerika Syarikat terhadap beberapa individu  berkaitan dengan salah guna berbilion Ringgit duit 1MDB dengan "penaklukan" Iraq oleh negara kuasa besar dunia itu. 

2) Amerika Syarikat menurut Idris cuba "menakluk" Iraq kerana mahu menjatuhkan Saddam Hussein.

3) Idris kata tindakan digerakkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat itu juga sebagai satu percubaan untuk "membunuh" Melayu.

4) Idris dilaporkan turut berkata bahawa Amerika Syarikat telah menipu dan membunuh rakyat Iraq dan kini mahu "membunuh" Melayu di Malaysia. Idris kelihatan yakin dengan mengatakan bahawa apa yang berlaku di Amerika adalah satu perancangan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia.

5) Saya serahkan kepada anda semua untuk menilai "harga" kata-kata itu. Benarkah Ketua Menteri kesayangan ramai di Melaka itu berkata demikian ? Harapnya ianya ialah salah lapor pihak media. Kalau betul, mungkin boleh kita berikan "harga" yang wajar. Mungkin RM0.27, RM2.70, RM27.00, RM270.00, RM2700.00 atau RM2.70 Billion ?

No comments:

Post a Comment