14/03/2016

Tolak Najib Adalah Salah ?

1) Boleh bantu saya kerana saya pening dan keliru.

2) Apabila ada mendesak Perdana Menteri Mohd Najib berundur, para menteri dan bahagian-bahagian UMNO kata ianya adalah satu percubaan untuk menjatuhkan pemimpin dan Kerajaan yang dipilih rakyat secara demokrasi.

3) Yang saya hairan, apabila Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi digesa berundur selepas Pilihan Raya Umum 2008 dan sehinggalah Mohd Najib "berjaya" jadi PM sekitar April 2009, tidak pula dikatakan yang Mohd Najib telah jadi PM secara tidak demokrasi kerana bersetuju dengan tindakan Pak Lah yang "terpaksa" berundur kerana Majlis Tertinggi UMNO sendiri menyetujuinya.

4) Kenapa Pak Lah berundur tidak dikatakan telah melanggar demokrasi dan satu tindakan merelakan cubaan gulingkan Kerajaan yang dipilih rakyat?

5) Pak Lah berhenti jadi PM, Kerajaan yang dipilih rakyat sewaktu Pilihan Raya Umum 2008 iaitu Barisan Nasional tetap terus memerintah kerana semua pihak termasuklah pembangkang menghormati undang-undang negara. Maka, jika Mohd Najib meletakkan jawatan, tidakkah Kerajaan yang sama akan terus memerintah mengikut kaedah yang ditetapkan undang-undang negara? Pilihan Raya Umum hanya akan berlaku selewatnya suku ke tiga tahun 2018, semua orang tahu dan semua orang faham.

No comments:

Post a Comment