14/03/2016

Saya Budak "High School" Segamat, JDT

O1) Waktu zaman sekolah, saya tidak pernah ada cita-cita ataupun angan-angan mahu masuk sekolah "boarding school" atau apa saja sekolah yang bukan jenis harian biasa.

2) Saya tidak pernah isi borang untuk masuk sekolah berasrama penuh, MRSM ataupun Teknik. Memang saya tidak berminat.
3) Dalam hidup saya, saya berbangga kerana saya adalah produk sebuah sekolah biasa tetapi cukup "otai" lagi bersejarah. Siapapun akan respek dengan sekolah "biasa" yang ada nama "Tinggi."

4) Sekolah Tinggi Segamat (STS) yang kini berusia 90 tahun adalah tempat di mana saya belajar sepenuhnya di alam sekolah menengah selama 5 tahun. Di sekolah inilah saya "dibentuk" menjadi saya yang ada hari ini.

5) Jika pada hari ini saya adalah seorang cikgu di universiti, Timbalan Dekan bagi hal ehwal pelajar di Fakulti Perniagaan MMU, "trainer" bagi program Skim Latihan Industri 1Malaysia dan macam-macam lagi peranan yang selalunya memerlukan saya bercakap, memotivasi dan menginspirasi anak-anak muda, maka Sekolah Tinggi Segamatlah tempat di mana saya diajar, dilatih dan dicabar untuk bercakap dalam apa jua keadaan dan isu. 

Terima kasih STS kerana pada tahun 1999 memberi peluang kepada saya untuk mengetuai pasukan Debat Ala Parlimen dan Forum Remaja sekolah sehingga mara ke peringkat Kebangsaan !

STS sentiasa maju.

No comments:

Post a Comment