09/04/2016

Burger Segamat

1) Ke mana saya pergi, apa jua saya capai dalam hidup dan siapa juga yang saya temui, Segamat dan saya berpisah tiada.

2) Burger Segamat ini sudah capai tahap legen. Sudah 28 tahun "usianya" dan masih bertahan.



3) Lokasinya ialah di sisi Pasaraya Billion. Zaman "dulu-dulu" ianya adalah Pasaraya Great Wall. 

3) Masa awal 1990an sewaktu di sekolah rendah, saya rasa Great Wall itu seperti Pavilion di Bukit Bintang, Kuala Lumpur ! Sungguh seronok kalau Encik (ayah) bawa saya "jalan-jalan" di Great Wall. Perasaan istimewa yang tiada lagi dapat saya rasa sekarang walaupun berada di "mall" bertaraf 6 bintang di Hong Kong tempohari.

4) Burger Segamat ini waktu saya kecil "kadang-kadang" rasa takut hendak beritahu Encik yang saya mahu. Masa itu harganya kalau tidak silap sekitar RM1.50 - RM1.80 untuk yang "special." Burger biasa lebih murah ! Tapi selalunya Encik akan belikan, sayakan si Bongsu !

5) Hari ini sewaktu "order" tiga Burger Segamat "special" dan satu "hotdog special," saya sempat mengucapkan rasa syukur di dalam hati kerana Tuhan beri saya rezeki yang menyebabkan RM3.50 setiap satu tidaklah terasa mahal dan dapat sentiasa dikongsi dengan Encik dan Emak.

* Terima kasih Encik kerana 25 tahun lepas belikan Burger Segamat yang Andi minta selepas keluar dari Great Wall dan ianya menjadi memori berharga untuk Andi syukuri segala nikmat Tuhan dalam hidup ini.

No comments:

Post a Comment