29/02/2016

SAYA TIDAK PERNAH JADI AHLI UMNO

1) Tun Dr. Mahathir Mohamad umum keluar UMNO buat kali ke dua (29 Februari 2016). Tahun 1969 dia pernah dipecat dan tahun 2008 pula keluar buat kali pertama selepas tidak bersetuju dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau berjanji masuk semula hanya jika Pak Lah berundur.
2) Kali ini, Tun M turut berkata bahawa dia tidak akan kembali jika Dato' Seri Mohd. Najib Abdul Razak masih kekal sebagai Perdana Menteri.
3) Najib pernah kata lebih 3 JUTA ahli UMNO menyokongnya. Dia yakin yang dia masih diperlu dan disokong majoriti rakyat. Atau mungkin dia sekadar BERLAKON 'semuanya OK' sedangkan jiwanya sudah lama RESAH GELISAH, makan tiada selera, tidor asyik bermimpi burok !
4) Saya tidak pernah masuk UMNO secara rasmi. Dua kali saya mencuba mendaftar secara 'online' selepas 'sistem' dirasmikan Pak Lah dan seterusnya Najib sewaktu masing-masing baru jadi Presiden tetapi SENYAP sahaja. Mungkin UMNO takut menerima SAYA secara rasmi !
5) Walaubagaimanapun, semua orang tahu saya adalah penyokong tegar UMNO-BARISAN NASIONAL sejak kecil. Saya sanggup pertahankan UMNO, saya sanggup berkorban masa dan duit demi UMNO. Saya amat yakin bahawa keyakinan, sayang dan ilmu saya tentang UMNO jauh lebih daripada kebanyakan orang UMNO yang banyak baju merah putih yang sentiasa suka berhimpun membuat bising dan bergembira sewaktu perhimpunan UMNO. Bagi saya, jadi ahli tidak penting, yang penting ialah sokongan yang membawa KEKUATAN dan sokongan yang penuh dengan semangat jati demi agama, bangsa dan negara tercinta ! Sokong membawa rebah hanya menempah KUBUR buat UMNO !

Tan Sri Muhyiddin Yassin Untuk Malaysia

1) Malaysia perlu bergerak ke jalan yang baru demi kebaikan rakyat dan negara pada masa hadapan. Bergeraklah jauh daripada sekadar memikir bahawa Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak perlu dijatuhkan dan Anwar Ibrahim adalah calon terbaik Pakatan Harapan untuk jawatan itu selagi dunia belum kiamat.

2) Penyatuan politik demi negara bukan benda baru. Negarawan Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri ke dua Malaysia pada tahun 1974 membubarkan Parti Perikatan dan digantikan dengan Barisan Nasional dengan secara hati terbuka sanggup berkongsi kuasa dengan pembangkang yang cukup kuat ketika itu iaitu GERAKAN dan PAS.

3) Anwar sewaktu jadi Timbalan Perdana Menteri tidak pernah berani "membetul" atau "menegur" Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad jika ada salah atau silap. Dia hanya jadi "hero" bising sana dan sini, mengajak rakyat turun ke jalanan "bereformasi" hanya selepas dia "dipecat" daripada jawatan kerana tuduhan perlakuan seks sumbang. Dia menyerang Dr. Mahathir lebih kepada dendam peribadi tetapi gagal menunjukkan apa salah laku nyata Bapa Pemodenan Malaysia itu secara objektif.

4) Muhyiddin Yassin "dipecat" Mohd Najib kerana dia cuba menasihat dan membetulkan keadaan di kala malapetaka 1MDB, "sedekah" 2.6 Billion dan mengalirnya duit RM42 Juta ke dalam akaun peribadi Najib telah menyebabkan imej negara jatuh, sentimen pelabur asing menjadi negatif dan Ringgit bertambah teruk nilainya.

5) Bersatulah dan tinggalkan dahulu kepentingan politik. Baik orang-orang bersih lagi berani dalam UMNO, baik bijak pandai di dalam PKR, DAP dan Amanah, baik anak-anak negara yang jujur di dalam parti-parti komponen Barisan yang lain dan baik orang-orang yang sayangkan agama di dalam PAS: Bersatulah dan berfikirlah demi Malaysia. Gandingan Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Azmin Ali, Rafizi Ramli, Tony Pua, Antony Loke, Sallahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man mungkin dapat menghasilkan Malaysia yang jauh maju, jauh bersih dan jauh hebat ! 

"Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama"

28/02/2016

Aku Anak Encik

1) Encik (ayah) selalu kata anak ke dua dia ini memang keras hatinya, degil. 

2) Encik kata saya ini nampak lembik, nampak tidak keras tapi hati saya keras. Saya akui yang saya tidak takut untuk bersuara dan berani untuk membuat keputusan walau apa risiko kerana saya sedar orang yang tidak berani tidak akan disedari kewujudannya.


3) Encik sedia maklum bahawa anak bongsu dia ini memang susah untuk diubah pemikirannya. Memang degil memang keras hati dalam buat keputusan.

4) Saya rasa Encik tidak silap kerana sebagai ayah memang dialah manusia yang cukup layak untuk menilai saya. 

5) Tapi saya sedar Encik juga maklum bahawa si Fendi dia ini keras hatinya bertempat. Terima kasih Encik sebab jadikan saya seperti apa yang saya jadi pada hari ini.

24/02/2016

Penjarakanlah Tun Mahathir !

1) Lama saya tidak "update" pasal politik atau isu negara. Bukan apa, saya sudah sampai tahap rasa ada pihak yang cuba membodohkan akal dan kepala otak saya yang tidaklah pandai sangat tapi tidaklah mudah untuk dibodohkan.

2) Ada menteri nama Nazri Aziz macam "gangster" guna perkataan "lantaklah," "biarlah dia menyalak" dan entah apa-apa lagi merujuk kepada komen-komen Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Rafidah Aziz.

3) Terbaru Negarawan Negara Tun Dr Mahathir Mohamad pula disiasat Polis kerana dikatakan membuat komen yang tidak wajar tentang Peguam Negara.

4) Tun M secara sinis kata dia rela dan tidak kesah dimasukkan ke dalam jel. 

5) Kegilaan yang berlaku di Malaysia ini sejak timbulnya isu 1MDB dan 2.6 Billion ternyata sesuatu yang cukup menyedihkan kerana yang kelihatan betul-betul "Raja" sekarang ialah 1MDB dan 2.6 Billion.

04/02/2016

Kenyataan Rasmi Fendi Ahmad Isu Peguam Negara Membersihkan Mohd. Najib Razak

1) Peguam Negara Mohamed Apandi Ali sudah umumkan bahawa Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak tidak terlibat dengan apa juga aktiviti yang salah di sisi undang-undang Malaysia. Senang kata, PM kita adalah bersih, bebas dan baik segalanya.
2) Apandi tidak salah dalam mengatakan bahawa Najib adalah bebas tidak melakukan apa jua kesalahan dalam isu SEDEKAH RM2.6 Billion dan pengaliran wang tunai RM42 Juta ke dalam akaunnya di Ambank yang berpunca daripada SRC International, sebuah syarikat di bawah 1MDB yang kini dimiliki terus oleh Kementerian Kewangan yang menterinya adalah Mohd. Najib sendiri.
3) Apandi tidak salah dalam 'membebaskan' Mohd. Najib. Kalau ada yang maki hamun beliau kerana 'membebaskan' Mohd. Najib maka ertinya orang itu tidak faham undang-undang. Sebab ke dua mungkin orang itu terlebih faham kerana ada kepelikan nyata dalam hujah Apandi. Sebagai Peguam Negara, Apandi ada HAK MUTLAK untuk memutuskan sama ada Mohd. Najib perlu didakwa ataupun tidak.
4) KUASA mendakwa dan membawa kes untuk dibicarakan di mahkamah adalah HAK MUTLAK seorang Peguam Negara. Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Bank Negara adalah 'tuan punya kepakaran' dalam menjalankan siasatan terhadap kes-kes yang diadukan kepada mereka.
5) Dalam kes Mohd. Najib, SPRM adalah pihak yang menjalankan siasatan dan mereka juga yang bertanggungjawab menyediakan kertas kes dan cadangan pendakwaan yang sesuai.
6) Khabarnya, kertas siasatan SPRM terhadap kes SEDEKAH Pak Arab dan wang anak syarikat 1MDB masuk ke akauan Mohd. Najib mencecah 7 kaki tingginya !
7) Apabila Apandi pada awalnya memulangkan semula hasil siasatan dan cadangan SPRM untuk diperbaiki atau dilengkapkan, ini memberi satu SIGNAL jelas bahawa SPRM telah mengesyorkan kepada Peguam Negara bahawa ADA KES yang kukuh terhadap Mohd. Najib.
8) 'Bahasa tersirat' tindakan awal Apandi meminta SPRM memperkemas laporan siasatan atau kertas pendakwaan (kita tidak pasti yang mana satu) itu jelas menunjukkan Mohd. Najib sebenarnya WAJIB dibicarakan di mahkamah.
9) Sebaliknya, dalam masa yang cukup singkat selepas SPRM menghantar kembali hasil siasatan kes Mohd. Najib kepada Pejabat Peguam Negara, Apandi tanpa BERLENGAH telah mengumumkan kepada DUNIA bahawa Mohd. Najib tidak bersalah, tidak perlu didakwa dan beliau arahkan SPRM supaya TUTUP TERUS kes berkaitan PM.
10) Apandi sebagai Peguam Negara telah gagal memberikan justifikasi lengkap akan sebab musabab beliau 'membebaskan' terus Mohd. Najib. Apandi telah terus sekat kes salah guna kuasa itu daripada 'menjengah' mahkamah. Baru sekarang kita 'tersedar' rupanya Peguam Negara martabatnya seolah 'lebih tinggi' daripada seorang KETUA HAKIM NEGARA yang biasanya memegang 'title' TUN walaupun sedang dalam jawatan.
11) Dalam isu RM2.6 Billion, Apandi ternyata gagal memberitahu umum akan ke mana perginya duit yang beliau katakan telah digunakan Mohd. Najib setelah diambil kira sekitar RM2 Billion yang 'katanya' telah dipulangkan kembali kepada pihak Arab tersebut.
12) Sebagai penjawat awam, bolehkan sesenang hati PM boleh terima SEDEKAH yang dimasukkan ke akauannya hanya berlandaskan alasan kononnya pihak Arab itu mahu pastikan parti Mohd. Najib terus berkuasa memerintah Malaysia sekaligus dapat membendung pihak Ikhwanul Muslimin yang diiktiraf sebagai pengganas oleh Pak Arab Saudi ?
13) Kalau begitu keadaannya maka selepas ini semua penjawat awam yang didakwa terima rasuah bolehlah guna hujah Peguam Negara Apandi Ali bahawa SEDEKAH dengan tujuan membendung aktiviti pengganas adalah dibenarkan !
14) Dalam isu RM42 Juta pula, Apandi gagal memberi alasan lebih BIJAK dalam membersihkan Mohd. Najib.
15) Apandi kata Mohd. Najib tidak SEDAR akan kewujudan / pengaliran duit RM42 Juta itu ke dalam akauan AMBANKnya.
16) Sekali lagi ini adalah kaedah TERBODOH yang akan diketawakan oleh siapa sahaja di dunia yang faham sedikit undang-undang. Pelajar tahun satu Ijazah Perundangan sekalipun akan mampu KETAWA berdekah-dekah dengan ulasan rasmi seorang Peguam Negara berusia lewat 60an yang ada pengalaman jadi Hakim dalam usahanya 'membersihkan' seorang Perdana Menteri yang pada Julai 2015 telah 'membawa' namanya kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diangkat sebagai Peguam Negara menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Patail yang dikatakan Mohd. Najib sebagai sudah tidak mampu jalankan tugas kerana masalah kesihatan.
17) Peliknya, Abdul Ghani sendiri 'terkebil-kebil' apabila mendapat tahu beliau bukan lagi Peguam Negara walhal beliau sudah semakin hampir mahu bersara wajib. Kalau ikut logik integriti, Apandi WAJIB menyerahkan tugas meneliti hasil siasatan SPRM terhadap Mohd. Najib kepada pihak lain kerana beliau sendiri memegang jawatan itu atas IHSAN PM. Apandi WAJIB berkecuali !
18) Jika Mohd. Najib 'terundur' daripada jawatan PM, ada kemungkinan beliau boleh didakwa juga atas pertuduhan membuat persembahan palsu kepada Yang Di Pertuan Agong dengan tujuan mengelirukan Baginda dalam usahanya mahu menamatkan riwayat Abdul Ghani sebagai Peguam Negara yang menurut 'sumber-sumber' sedang dalam fasa terakhir mahu mendakwa PM di mahkamah atas salah laku rasuan nyata melibatkan pengaliran RM42 Juta ke dalam akauannya dan bukti-bukti perbelanjaan berjuta Ringgit menggunakan kredit kad yang bayarannya dibuat oleh SRC International.
19) Selain menolak ke 'tong sampah' siasatan SPRM, Apandi turut memperbodohkan pasukan Gabenor Bank Negara dalam siasatan terhadap 1MDB. Dua kali hasil siasatan yang diperkemas dan diperbaiki Bank Negara dengan cadangan pendakwaan di mahkamah telah turut 'ditong sampahkan' Apandi !
20) Maka rakyat Malaysia secara keseluruhannya memang wajar untuk terus CURIGA, WAS-WAS dan PELIK dengan tindak-tanduk Apandi. Adakah dia Peguam Negara untuk mengukuh dan mendaulatkan undang-undang negara atau dia seorang Peguam Negara yang 'dilantik' hanya untuk 'membersihkan' seseorang ?
KEPADA TUHAN KITA BERSERAH