1) Skandal Watergate didedahkan media bernama The Washington Post pada era 1970an.
2) Mulanya ia dikatakan sebagai satu tuduhan berniat jahat dan tidak benar. Ramai mempertahankan Presiden Richard Nixon.
3) Dua wartawan The Washington Post mendapat maklumat daripada seorang (whistleblower) yang hanya dikenali sebagai "Deep Throat."
4) Skandal Watergate akhirnya menjadi penyebab kepada jatuhnya Presiden Nixon. Beliau tersungkur walaupun dikira antara Presiden Amerika Syarikat yang cukup popular sebaris dengan nama besar seperi Abraham Lincoln dan John F. Kennedy.
5) Identiti si pemberi maklumat (Deep Throat) kekal menjadi rahsia sehinggalah dia membuat pengakuan pada tahun 2005. Nixon meninggal dunia pada tahun 1994.
No comments:
Post a Comment