1) Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak sedang alami satu "period" paling mencabar bagi mana-mana PM Malaysia sebelum ini. Bezanya, isu yang mencengkam Najib turut bersifat "masalah" peribadi.
2) Tunku Abdul Rahman ada isu 13 Mei, Tun Razak isu menguatkan Dasar Ekonomi Baru, Tun Hussein dengan keruntuhan Barisan Nasional dan anasir komunis dalam pentadbiran, Tun Dr. Mahathir teramatlah banyak isu-isu kritikal di zamannya (kegawatan ekonomi 1997/1998, pemecatan Anwar Ibrahim, krisis Perlembagaan berkaitan kekebalan Raja-Raja, pengharaman UMNO dan berderet lagi) dan Tun Abdullah dengan "budak tingkat 4" juga mudah tertidurnya.
3) Pemimpin bukan sahaja perlu bersih tetapi wajib "kelihatan bersih."
4) "Kelihatan bersih" ini agak subjektif tetapi memandangkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, Timbalan Menteri, Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri bukanlah hak milik kekal kerana warisan keluarga, dinasti perniagaan turun-temurun atau umpama jawatan tetap kakitangan sektor awam maka pemegangnya akan berhadapan risiko untuk perlu "undurkan diri secara terhormat" ataupun "diundurkan diri secara memalukan."
5) Sebabnya, mereka dipilih rakyat dan sama ada betul atau tidak, persepsi rakyat akan menentukan tempoh riwayat jawatan mereka. Pemimpin tiada pilihan. Mereka wajib "kelihatan bersih" atau sekurangnya perlu "kelihatan bersih" di mata majoriti rakyat.
No comments:
Post a Comment