07/04/2018

Harapan Untuk Malaysia

1) Fakta ini amat menakutkan Barisan Nasional (BN) dan pastinya Perdana Menteri Najib Razak.


2) Perubahan yang diperlukan untuk BN jatuh sekaligus tertendang dari Putrajaya tidaklah mustahil untuk berlaku. Hanya SEDIKIT perubahan di kalangan pengundi Melayu sahaja sudah mampu menidakkan BN kembali berkuasa.


3) Lihat kepada andaian berikut:


- 10% Melayu undi BN tahun 2013 BERALIH kepada Pakatan Harapan.


- 10% Melayu undi PAS tahun 2013 BERALIH kepada Pakatan Harapan.


- 90% Cina dan India undi PAS tahun 2013 BERALIH kepada Pakatan Harapan.


- 50% Cina dan India undi BN tahun 2013 BERALIH kepada Pakatan Harapan.


- 5% Melayu undi BN tahun 2013 BERALIH kepada PAS.


- 5% Melayu undi PAS tahun 2013 BERALIH kepada BN.


- 10% Cina / India undi DAP / PKR tahun 2013 BERALIH kepada BN.


4) Hasilnya di Semenjung Malaysia ialah:


- Pakatan Harapan: 100 

- BN: 49

- PAS: 16


5) Jumlah kerusi Parlimen ialah 222. Untuk bentuk Kerajaan, 112 kerusi diperlukan. 57 kerusi terletak di Sabah dan Sarawak.

04/04/2018

Pencen Naik Tambahan 1%: Apa Kata Tok Jib, Fendi dan Makcib Nab

" Untuk makluman para penjawat awam, manfaat ini bakal diterima oleh semua pesara di seluruh Malaysia, malahan, pesara yang umurnya 93 tahun itu pun dapat juga. "


Perdana Menteri 

Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak

4 April 2018


" Perdana Menteri jelas merujuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pesara berusia 93 tahun yang turut layak menerima kenaikan tambahan pencen sebanyak 1 PERATUS bermula 1 Julai 2018 ini, tambahan daripada kenaikan otomatik sebanyak 2% setiap tahun bagi semua pesara Kerajaan. Selain itu, 1.6 juta kakitangan Kerajaan akan menerima kenaikan gaji tahunan kali ke dua untuk tahun 2018 juga bermula 1 Julai 2018. Untuk rekod, Najib akan berusia  65 tahun Julai nanti dan usia persaraan pekerja di Malaysia kini ialah 60 tahun. "


Fendi Ahmad

4 April 2018


" Kau tak payahlah asyik nak perli orang. Kau nak umum naik pencen ke apa ke cakap ajelah benda tu. Kau tu ingat kau agaknya boleh ke sampai sehat umur 93 nanti ? Orang terdesak macam tulah jadinya. "


Makcib Nab

60an

Pengundi tegar BN hingga 2013

Kampung Alai

4 April 2018

Johor Jadi Tumpuan Najib dan Dr. M

" Semalam Datuk Seri Najib seharian mengumum itu dan ini di 3 Parlimen di negeri Johor - Muar diisytihar sebagai Bandar Perabot Malaysia, Segamat dimasukkan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Labis dengan Projek Keretapi Elektrik Gemas - Johor Bahru. Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti tipis di ketiga-tiga Parlimen itu sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) 2013. Jumaat ini (6 April) Tun Dr. Mahathir akan mengetuai perhimpunan raksasa Pakatan Harapan di Pasir Gudang pula sebagai penutup Jelajah Harapan bagi memperkenal beliau dan Datin Seri Dr. Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri apabila Harapan diberi kepercayaan rakyat di PRU 14 nanti. Sabtu, 7 April pula Tun M dan pemimpin Harapan akan 'serang' Parit Jawa, Muar. Untuk rekod, Pasir Gudang dimenangi BN pada tahun 2013 dengan majoriti kurang 1000 undi manakala Muar kelihatan mendapat tumpuan istimewa baik di pihak BN dan Harapan kerana itulah daerah kelahiran Presiden Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang jika tidak mempertahankan Pagoh, dijangka beralih ke Muar pula. "


Fendi Ahmad

4 April 2018

03/04/2018

9 Tahun Najib Sebagai Perdana Menteri

" Hari ini tepat 9 TAHUN Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak pegang jawatan. Ianya adalah lebih lama daripada tempoh Allahyarham Tun Abdul Razak (6 tahun), Allahyarham Tun Hussein Onn (5 tahun) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (6 tahun). Sejak Merdeka, hanya dua Perdana Menteri berjaya sambut 1 dekad (10 tahun) pemerintahan iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman pada tahun 1967 dan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991. 10 tahun pentadbiran Dr. Mahathir dikuatkan dengan idea Wawasan 2020 yang cukup difahami dan disokong rakyat tanpa mengira bangsa dan agama ketika itu. Akan adakah sambutan 10 tahun Najib sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2019 nanti ? "


Fendi Ahmad

3 April 2018